Monday, October 24, 2011
Istiadat Konvokesyen Kali ke-75
Sunday, October 23, 2011
Lahirnya Putera ke-3
Tiba hari kelahiran, aku menanti dengan penuh debaran di luar wad. Menunggu panggilan dari jururawat. Tersentak seketika apabila namaku dipanggil dan dipelawa masuk untuk melihat bayiku yang telah selamat lahir. Dengan debaran aku melangkahkan kaki masuk ke dalam wad. Hatiku tertanya2 sama ada bayiku kali ini putera atau puteri. Jururawat terus membawa aku ke arah bayiku yang berselimut. Dengan perlahan jururawat tadi menyelak sedikit selimut bayi dan berkata "Tengok la anak awak ni....." Aku perlahan2 menghampirian dan dengan perasan sedih bercampur gembira aku berkata " ahhh.... lelaki jugak...." Aku terus mendongkong bayiku untuk mengazankan dan mengiqamatkan di telinganya. Mataku sedikit bergenang dengan air mata kegembiraan pertama kali melihat mata bayiku terbuka tatkala mendengar azan. Syukur alhamdulillah kerana anakku telah lahir dengan selamat..... dan aku namakan putera ke-3 ku ini dengan nama Wan Muhammad IzzRayyan selepas 3 hari kelahirannya. Semoga nama ini membawa tuah kepada puteraku...
Tuesday, September 13, 2011
Fadhilat Ayat Kursi
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
1)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya , Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak mencegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. yat Kursi diturunkan setelah hijrah.
Saturday, August 27, 2011
Zakat Fitrah
Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.
Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan. Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. (HR al-Bukhari)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. (HR Abu Daud)
Sumber dari : lenggangkangkung-my.blogspot.com
Thursday, August 18, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011
Wednesday, August 3, 2011
Hari ke-3 ramadhan... berjauhan dari keluarga...
Tahun ni, sekali lagi aku menghitung hari untuk balik. Tambahan bulan mulia ni, terasa nak berbuka bersama keurga, makan masakan keluarga, terawikh di kg halaman. Memasang pelita dan lampu kelip2... merasai suasana di bulan ramadhan dengan keluarga tercinta. Tapi, tahun ini terpaksa berjauhan lagi.. Bila la aku dapat kembali normal seperti org lain...
Petang ni belum pikir lagi tentang juadah untuk berbuka. Kalau biasa, sibuk mencari bahan2 untuk dibuat lauk. Paling tidakpun, berbuka dengan lauk masakan mertua. Petang2 keluar ke pasar ramadhan. Bukan nak membeli lauk, tapi mencuci mata dengan pelbagai masakan yang ada. Nak kata terliur dengan masakan yang dijual... masakan isteri lagi best. Terjamin kebersihan. Sementara menunggu azan, melilau la kat pasar ramadhan dengan anak2. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, agar aku dapat kembali semula kepangkuan keluarga. Tak sanggup hidup berjauhan.... Semoga bulan mulia ini hajatku akan dimakbulkan.... teringin nak makan kuih qasidah...
Saturday, July 30, 2011
Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia
Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas. Al-Fatihah.
Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
sumber: Berita Harian
Sunday, July 24, 2011
Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Assalaamu’alaikum...
Diam x diam dah hampir setahun kita berada pada tahun 2011. InsyaAllah, minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Syukur kerana dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan penghulu sekalian bulan.
Marhaban ya Ramadhan,
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalankan Ibadah Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kali ini dengan sepenuhnya dan mencapai darjat yang sebenarnya. Sama2 kita panjatkan doa agar amalan kita kali ini diterima oleh Allah.
Sucikan hati dan jiwa kita semua agar sama2 mendapat mendapat rahmatnya.... Aminnn.......
Sunday, July 3, 2011
Quran Terkecil
Thursday, June 30, 2011
Stres di Tempat Kerja
1. Bersikap realistik Terhadap Pekerjaan Anda
- Akui kekuatan & kelemahan dalam diri
- Bersikap positif semasa berkerja
- lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
- Merasa seronok bekerja
2. Rancang Kerja Anda
- Kendali masa dengan bijak
- Lakukan kerja mengikut keutamaan. Jangan bertangguh
- Elak membawa kerja balik ke rumah
- Agih tugas dengan bijak
3. Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
- Lihat masalah dengan rasional
- Rancang penyelesaian secara sistematik
- Kenalpasti masalah-masalah mengikut keutamaan
- Senaraikan langkah2 menanganinya
- Cari langkah penyelesaian yang paling sesuai
- Ambil tindakan wajar
4. Bersikap Positif Terhadap Perubahan Dalam Kerja
- Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
5. Amalkan Kamunikasi Berkesan di Tempat Kerja
- Amalkan sikap tegas bukan garang
- Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas & jelas
- Hormati pandangan rakan sekerja
6. Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja
- Wujudkan ikatan Persahabatan sesama rakan sekerja
- Kenalpasti individu & organisasi yang dapat membantu dalam menangani masalah
- Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
- Luangkan masa untuk membatu rakan yang bermasalah
7. Amalkan Cara Hidup Sihat
- Belajar untuk relaks
- Tidur yang cukup
- Bersenam selalu
- Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
- Jauhi diri dari arak, rokok & dadah
- Berpegang teguh pada ajaran agama & nilai2 murni
Tanda-Tanda Stres
- Gelisah
- Gangguan selera makan
- Merokok berlebihan
- Mabuk arak
- Kerisauan yang berlebihan
- Mudah Meradang
- Kelesuan
- Hilang tumpuan & motivasi
- Gangguan Tidur
- Tingkahlaku agresif
Sumber dari:
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
JKNT/2011/20,000
Kad Ucapan Dari Anakanda
Thursday, June 23, 2011
Renungan JANGAN!
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Wednesday, June 22, 2011
Setahun Pemergian Alisa
Saturday, June 18, 2011
Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Monday, June 13, 2011
Sunday, June 12, 2011
Terengganu Juara Piala FA 2011
Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira pasukan Penyu apabila berjaya menjaringkan gol penentuan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir.
Jaringan pertama kelantan langsung tidak mematahkan semangat juang pemain Terengganu yang tangkas bangkit mengatur serangan untuk memaksa Kelantan bertahan, dan hasilnya skuad Penyu memperolehi gol penyamaan pada masa kecederaan hasil kesilapan pemain pertahanan negeri Cik Siti Wan Kembang, Daudsu yang tertanduk bola ke gawang sendiri.
Kedudukan itu membawa pertarungan ke masa tambahan, sebelum Terengganu menamatkan impian pasukan lawan untuk bergelar juara FA buat kali pertama menerusi jaringan Ahmad Nordin yang menggegarkan stadium.
Jaringan pertama kelantan langsung tidak mematahkan semangat juang pemain Terengganu yang tangkas bangkit mengatur serangan untuk memaksa Kelantan bertahan, dan hasilnya skuad Penyu memperolehi gol penyamaan pada masa kecederaan hasil kesilapan pemain pertahanan negeri Cik Siti Wan Kembang, Daudsu yang tertanduk bola ke gawang sendiri.
Kedudukan itu membawa pertarungan ke masa tambahan, sebelum Terengganu menamatkan impian pasukan lawan untuk bergelar juara FA buat kali pertama menerusi jaringan Ahmad Nordin yang menggegarkan stadium.
Kemenangan yang dihadiah buat seluruh rakyat Terengganu itu lebih istimewa sebagai hadiah meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Sabtu lalu. Baginda turut berkenan menyaksikan perlawanan sekaligus menyampaikan trofi kemenangan kepada pemain kedua-dua pasukan.
Koleksi Hari Raya....
Hari Raya Aidil Fitri 2008
Hari Raya Aidil Fitri 2009
Hari Raya Aidil Fitri 2010
Sunday, June 5, 2011
ETIKA KERJA
Wednesday, April 20, 2011
BANGKITLAH ANAK BANGSAKU
Sedih melihat sikap anak2 didik, terutamanya bangsa melayu yang berkelakuan diluar batasan. Sehingga ada yang sanggup merosakkan harta sekolah, ponteng kelas, ponteng solat. Bahkan mereka merasa bangga dapat berbuat demikian. Guru kini umpama robot, melakukan apa sahaja yang disuruh... tugas mengajar bukan lagi perkara utama... Memang betul, bebanan tugas yang semakin bertambah, menyebabkan tugas mengajar semakin ke tepi. Mana nak mengajar, mana nak siapkan bahan pengajaran, mana nak tanda kerja2 pelajar, aktiviti itu dan ini, mesyuarat itu ini, kursus dan mcm2 lagi... semua guru nak kena buat. Gurulah ibu bapa, gurulah polis, gurulah doktor.
Pelajar kini semakin berani bertindak. Bertindak kepada keburukan, bukan kebaikan. Bahkan ada yang melambai tangan kepada guru kerana merasa bangka dapat ponteng sekolah, keluar dari kawasan sekolah. Guru hanya mampu melihat dan berdoa agar pelajar ini diberi hidayah. Tapi... sampai bila, kesabaran guru juga ada batasnya. Kenapa pelajar kini lebih suka kepada perkara yang dilarang. Kenapa pelajar kini tidak gentar dengan ugutan guru. Agaknya di rumah pun mereka tidak takut dengan ibu bapa mereka. Mereka ini belum lagi merasa sebuah kekecewaan kerana leka dengan dunia. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah... Masa itulah baru nak menyesal. Itulah yang selalu aku bebelkan kepada pelajar dalam kelas. Tapi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sekurang2nya aku dah menasihati mereka. Aku x rugi apa2pun...
Namun ada juga segelintir pelajar yang berkelakuan baik. Tapi boleh dibilang dengan jari jumlah mereka. Sejuk hati dan mata memandang pelajar yang sopan. Memberi salam bila berjumpa guru. Alangkah indahnya jika semua pelajar berkelakuan baik seperti itu. Baru ada semangat untuk masuk kelas. Ini tidak, tengok gaya merekapun dah memualkan. Dengan fesyen seluar londeh, rambut dengan macam2 gaya. Ala2 ayam bulu balik pun ada. Rasa nak gunting jer jambu2 yang berceracak atas, tepi, belakang. Yang perempuan dengan cara mereka. kain singkat, baju ketat, tudung singkat, ber make-up dan mcm2 hal lagi. Ntah laa... apa nak jadi dengan dunia pendidikan hari ni. Bila ditegur ada juga ibu bapa yang datang ke sekolah membela anak mereka. Pada mereka anak mereka betul. Susah bila ibu bapa tidak memberi kepercayaan penuh kepada pihak sekolah. Asyik nak cari kesalah guru. Pengorbanan guru mereka tidak nampak... belum lagi cerita disiplin pelajar yang pelik2... rasanya sampai pagi x habis nak cerita. Cukuplah rasanya, sedarlah wahai anak2 didik ku... anak2 bangsaku... jgn runtuhkan maruah kita kerana kealpaan kita sendiri.
padamu ku bersujud with lirik
Padamu ku Bersujud dari Afgan... antara lirik lagu yang menyentuh hati....
Wednesday, April 13, 2011
PUSARA SEPI
PERCUBAAN KE DUA NIKON D5000
Friday, March 18, 2011
DOA MENCARI BARANG YANG HILANG
Aku ingat tertinggal di rumah kakak aku... tapi tak juga kelihatan. Balik semula ke rumah... pikir punya pikir, x juga aku ingat di mana aku letak. Tapi aku yakin memang aku letak di atas meja seperti biasa. Aku tanya anak2 aku... semua diam... masing2 tak tahu. Dalam hati aku terdetik bahawa mesti kerja budak2 ni... sbb mereka selalu usik barang2 aku atas meja. Tapi aku x dapat tuduh mereka sbb xder bukti... tambahan pula aku etul2 x ingat di mana aku letak. Takut2 aku yg tersalah letak. Nak kata dicuri orang, memang sah tiada siapa yang dtg ke rumah.
Dah puas mencari... aku pun meyakinkan hati bahwa memang xder rezeki. Dah hilang... tapi semasa aku melayari laman web, aku terjumpa satu doa yang dibaca untuk mencari barang2 yang hilang. Akupun salin dan membacanya beberapa kali selepas solat dan tawakkal. Jika ada rezeki ada lah...
Satu malam... aku menyiapkan kerja aku. Kemudian aku nak print la doc yg aku siapkan. Banyak page jugak la... bila print, tiba2 sangkut selepas page 4. "Paper jam". Adoi.... bukak kertas, masukkan semula... x jugak menjadi. Tukar dari laptop ke pc pun x menjadi. Walhal paper xder yang sangkut. Dah mula naik angin satu badan... dah la jam hampir 12 malam. Aku pun bukak cover printer... ketuk2... angkat tinggi2... goyang2... bunyi mcm benda longgar dlm printer. Aku goncang kuat2... last2 bila aku tgk dalam printer, cincin aku yang tersangkut kat dalam tu... lega sikit kemarahan td... pastu... dapat print semula dengan selamat... Alhamdulillah... ada lagi rezeki aku... berkat doa yang aku baca... (dalam hati aku dah tau saper punya kerja...)
Wednesday, March 2, 2011
DILEMA GURU SAMBUNG BELAJAR
Ini bukan rungutan, tetapi sebagai luahan hati seorang guru yang sambung belajar. Bukan saya seorang yang mengalami masalah sebegini, tetapi mungkin juga rakan-rakan lain yang senasib dengan saya. Saya terpanggil untuk mencoretkan apa yang terpendam selama ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak, tapi wajar kiranya diambil tahu untuk membuka mata sesetengah pihak.
Sudah menjadi lumrah kehidupan untuk berjaya dalam kehidupan. Salah satu cara untuk berjaya bagi seorang guru ialah dengan menyambung pelajaran. Tetapi apa yang berlaku bukan semudah yang disangka. Memiliki segulung ijazah belum tentu dapat memberikan kejayaan yang diimpikan. Bermula dengan seorang guru berkelulusan sijil asas perguruan, dan di tempatkan di negeri di bawah bayu setelah tamat kursus. Walaupun dalam daerah Kuching, terpaksa menaiki motosikal selama setengah jam untuk ke jeti dan dari jeti pula menaiki bot selama 20 minit untuk ke seberang. Dari seberang pula terpaksa berjalan kaki selama 10 minit dengan melalui jalan tikus untuk sampai ke sekolah. Dengan keadaan sekolah yang daif, serba kekurangan, tanpa bekalan elektrik dan tanpa bekalan air membuatkan siapa sahaja akan terkedu sejenak. Dah la tambang bot yang agak mahal. Dengan gaji yang tidak seberapa, sebulan gaji licin bersih. Selama setahun bertahan, permohonan ke sekolah lain diluluskan. Ringan sedikit bebanan. Akibat tuntutan dan peredaran masa, peluang melanjutkan pelajaran ke pringkat ijazah pertama di salah sebuah Universiti diterima. Alhamdulillah… peluang ini dapatlah dijadikan alasan untuk balik ke semenanjung.
Selama 3 tahun menuntut ilmu, dan selama itulah menerima gaji separuh dan dari separuh gaji yang diterima itu terpaksa ditolak itu dan ini… tinggal lagi separuh. Lebih kurang RM300 sebulan. Jumlah itu lah digunakan setiap bulan selama 3 tahun. Kerana terdesak, PTPTN terpaksa dipohon. Akibatnya, terpaksa menanggung hutang sehingga kini. Tamat 3 tahun pengajian, di tempatkan semula di kampung halaman. Syukur... tetapi dalam masa itu jugalah macam-macam hal berlaku disebabkan kesilapan pihak tertentu, gaji penuh yang sepatutnya diterima, terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya. Semuanya kerana buku rekod perkhidmatan. Puas menelefon ke sana sini. Mana nak bayar kereta, nak berkahwin, nak bagi kepada org tua... semuanya itu memberi tekanan. Puas menunggu, akhirnya dapat juga tunggakan kerana lewat dapat gaji penuh... tapi satu sen pun tak sempat merasa. Sebabnya kena potong kesemuanya kerana kena bayar balik gaji terlebih semasa mula-mula masuk belajar. Sakit hati bukan kepalang. Kalau dipotong sedikit demi sedikit tidaklah menjadi hal.
Dipendekkan cerita, dapatlah juga merasa gaji DG41. Kemudian, timbul pula isu perbezaan gaji antara guru yang sambung belajar dengan guru yang tidak sambung belajar. Banyak juga bezanya. Mulalah terasa tertekan kerana sesalan sambung belajar. Dah la buang duit, seniority pun hilang semuanya. Dah jadi macam baru kerja semula. Untuk menyedapkan hati, diamkan diri sahaja kerana sudah malas untuk memikirkannya. Tapi dapat la segulung ijazah yang diidamkan dan ilmu yang dipelajari. Padahal pada hakikatnya terpaksa mennggung kerugian.
Selepas 5 tahun dengan gelaran DG41, terasa pula nak meningkatkan lagi kerjaya. Minat untuk belajar masih ada. Permohonan untuk membuat ijazah lanjutan akhirnya berjaya. 2 tahun berulang alik tinggal anak isteri tercinta demi mencapai cita-cita. Selesai sahaja pengajian selama 2 tahun, debaran mula terasa. Sangkaan untuk berkhidmat di tempat asal meleset. Sekali lagi di tempatkan di sekolah yang jauh dari rumah dan daerah asal. Elok berada di tempat asal dah kena hantar jauh gara-gara sambung belajar. Sekali lagi terasa kecewa akibat sambung belajar. Nak tak nak terpaksa terima walaupun dengan berat hati. Sekali lagi kena tinggalkan anak isteri yang tercinta. Belum lagi memikirkan hal-hal berkaitan dengan keluarga. Mana hak keistimewaan guru yang sambung belajar. Kenapa tidak dikekalkan di sekolah asal, walhal bukannya ramai dalam satu daerah yang sambung belajar. kenapa tidak diberi sedikit keistimewaan kepada guru yang sambung belajar sebagai galakan.
Berbalik kepada cerita sambung belajar. Pengkhususan ni pun satu masalah. Ingatkan ambil pengkhususan yang jarang diambil orang lain dapat memberi satu kelebihan, rupa-rupanya makin payah. Puas buat rayuan di JPN untuk kembali ke daerah asal. Alasan... tiada kekosongan. Ada member yang nak tukar suka sama suka, alasan... berlainan option. Walhal, bila ke sekolah bukan option pun yang diguna. Mengajar ikut keperluan sekolah. Nak mohon jadi pensyarah, kena tunggu DG44 dahulu. Gara-gara sambung belajar ijazah pertama, lewat mendapat DG44. Pilihan akhir kena masuk ke sekolah walaupun option yang diambil tidak ditawarkan di sekolah. Berada di sekolah buat kerja-kerja yang langsung tiada kaitan dengan pengkususan yang diambil. Kena bersabarlah. Beginilah nasib guru... tak sambung belajar terasa ketinggalan. Bila sambung belajar, tiada perubahan yang berlaku pun. Gaji bagi guru-guru yang memiliki sarjana pun tidak berubah... masih di takuk lama. Kena tunggu pengesahan DG44 setahun lagi baru dapat mohon pensyarah, itupun kalau rezeki menyebelahi. Dalam masa setahun ni dah berapa kerugian yang dialami kerana terpaksa bertugas di tempat yang jauh. Kepada pihak berkenaan, tolonglah beri keistimewaan kepada kami yang sambung belajar.
Saturday, February 12, 2011
Hayati Sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Sempena sambutan Maulidurrasul pada 14.02.2011 (Selasa) iaitu serentak dengan sambutan Valentine day bg org2 kafir, jesteru itu aku ingin mengingatkan semua agar tidak terlalu taksub dengan pengaruh org2 kafir sehinggakan kita org Islam sendiri melupakan perayaan yang sepatutnya kita raikan kerana terpengaruh dengan budaya barat. Bukan apa... pesan Tun Mahathir, melayu mudah lupa. Memang benarlah... melayu mudah lupa dan mudah pula mengikut pengaruh yang dibawa oleh orang lain sehingga melupakan asal usul sendiri. Dengan ini, aku ingin mengingatkan diri aku dan juga seluruh umat Islam bahawa sama2 kita meraikan sambutan Maulidurrasul dengan tema 1 Malaysia 1 Ummah... agar tidak lupa dr fikiran kita semua tentang kebesaran nabi Muhammad S.A.W. Di sini disenaraikan serba sedikit sejarah yang berkaitan dengan junjungan besar kita agar sama2 kita mengingati dan menghayati semula. Bukan lupa... cuma x ingat jer...
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda S.A.W. bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘, Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al-Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Monday, January 24, 2011
Umpama mimpi dalam mimpi...
Selang lebih kurang 3 tahun, aku bermimpi lagi. Kali ini mimpi yang amat jelas... seorang lelaki berpakaian serba putih sedang mendokong bayi datang ke rumah ku. Bayi itu menangis... akupun melihat kepada bayi itu dan berkata... "comelnyer baby ni... bagi kat saya boleh x? saya nak bela dia...". Lelaki tersebut tanpa sepatahpun memberikan bayi itu kepada ku dan bayi itu terus berhenti menangis... Sekali lagi aku terfikir keadaan yang sama selepas bangun dari tido. Ternyata isteriku mengandung untuk kali ketiga. Namun kali ini rezeki tidak menyebelahi kerana isteriku keguguran ketika usia kandungan masih baru lagi. Takper lah... xder rezeki... Selepas hampir 2 tahun selepas peristiwa itu, aku bermimpi lagi. Kali ini aku bermimpi menjenguk anakku yang masih kecil di rumah pengasuh kerana rasa x sedap hati. Setelah ke rumah pengasuh, aku lihat 2 orang bayiku yang seakan sama usia sedang menangis... lantas aku membawa pulang bayiku dan memberi susu kepada mereka. Peliknya ada 2 bayi kali ini... dua2 menangis dan dua2 ketawa selepas minum susu... Mungkin mimpi2 yang aku alami ini adalah mainan tido, tapi kesemuanya membawa alamat yang tersendiri. Mungkin hanya kebetulan, ataupun mungkin kebenaran.
Tapi menurut ustaz Sharhan Shafie dari Zamdurrani yang selalu memberi ceramah kat TV3 tentang rawatan gangguan makhluk halus mengatakan bahawa, apabila kita bermimpi bermain dengan bayi... alamatnya kita dihampiri dengan makhluk halus yang cuba mengganggu kita... kena berhati2 dan berjaga2. Sekiranya kita bermimpi memberikan bayi susu, bermakna kita telah terkena gangguan makhluk halus.... Wallahu a'lam.
Sunday, January 23, 2011
Rezeki 2011
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."
Pengertian Surah As-Saffat, ayat 100.