Tuesday, September 23, 2008
Doa dan wirid untuk anak cemerlang dalam pelajaran
1.SURAH AL FATIHAH – Doa pembuka kepada segala urusan.
2.SURAH AL ‘ALAQ (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu.
3.SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan dan melegakan hati.
4.SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati. Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
5.SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”
6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati
“Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu di atas junjugan pesuruh yang amat tinggi.Ya Allah..Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami dengan pembukaan yang sepenuhnya.”
7.WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA.
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim profesional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
8.DO’A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-ilhamal-mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin.
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama ku.”
10.DO’A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK
Allahumma alhimni rusydii wa a’idznii min syarri nafsi.
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”
11.DO’A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli
“Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.”
12.DO’A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN
Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman
“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).
13.WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH
Ya ‘Aliimu Ilman Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah”
14.WIRID UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya “Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH
Ya ‘Aliimu Allimni Hikmah
“Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah”.
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
16.DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan
Ya Haadi, ihdinii.
“Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku”
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan.
17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat
“Wahai Tuhan Yang Maha Pandai”
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
18.WIRID UNTUK “MELIHAT” YANG DI RAHSIAKAN
Alaa Ya’lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam pelajaran atau projek.
Selamat Beramal. Boleh dibacakan untuk anak-anak atau minta anak-anak baca doa berkenaan pada masa-masa yang sesuai seperti selepas solat dsb
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment