Monday, December 27, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Singgah kat Melaka Woderland.... panas giler.. hangus kulit. Dewasa RM30, kanak2 RM25, bawah 3 kaki free jer....

Naik bot, istana kesultanan melayu, bergambar ngan ular albino, mcm2 lah....

Kat Melaka.... besttt... mcm2 ada... muzium kapal, afamosa, zoo, naik beca, naik menara taming sari...

Suasana malam kat i-city Shah Alam, RM10 per entry...

Expo kat stadium Shah Alam... mcm2 ada.....

Kat Bukit Cherakah, rumah 4 musim... masa tu musim salji.... sejukkk....

Dah nak berakhir tahun 2010, akan muncul 2011 x lama lagi. Hujung tahun ni dihabiskan bersama family aku bercuti ke Shah Alam dan Melaka. Shah Alam dah selalu sangat pergi, tapi Melaka zaman budak2 dulu jer pergi.. teringin bawak anak2 ke sana. Seronok jugak la sbb banyak tempat dan aktiviti yang boleh di kunjungi kat Melaka tu... 2 hari kat sana rasa x cukup... terkilan gak byk lagi tempat2 yg x sempat pergi... tapi insyaAllah ada rezeki lain kali pergi lagi. Walaupun banyak jugak RM melayang... pejam mata jer la.... sekali sekala berseronok... tgk anak2 bukan main lagi teruja sampai xnak makan.... Apa pun percutian kat Melaka ni bestttt.... enjoy.... next percutian ingat nak plan ke Langkawi la plak.... hehehehe.... kumpul duit dulu....

Sunday, December 12, 2010

KEPALA KER BATU? MANA LEBIH KERAS?...

Wow!!!!! berkilat (sinar banar)... cermin jer la yg baru....

Ni la rupa cermin yang pecah kerana kepala...

Hari ni terbang lagi RM135, tukar tinted cermin belakang dan ganti yang depan sebab cermin depan ganti baru. Semalam dah terbang RM550 ganti cermin depan pecah gara2 anak sendiri yang bergurau senda kononnyer.... terkena batu pun x pecah... kena kepala anak terus pecah... dah sampai ajal dia la tu. Ada jer benda nak kena guna duit. Tukar itu la... ganti ini la.... camner nak simpan duit... dah la musim pokai ni..... xper la... InsyaAllah ada rezeki lain plak.... hehehe... pakai jer la keter buruk ni..... malas lagi nak tukar kereta lain, walaupun terliur gak tgk kereta sekarang ni yang menggiurkan..... sabo jer la......

Friday, December 10, 2010

KOLEKSI DOA 1 (UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN)







Banyak ayat Al Qur’an yang menerangkan tentang perubatan kerana Al Qur’an itu sendiri diturunkan sebagai penawar dan rahmat bagi orang–orang yang mukmin .

“ Dan kami menurunkan Al Qur’an sebagai penawar dan rahmat untuk orang-orang yang mu’min “( Al-Isra : 82 ). Menurut para ahli tafsir bahwa nama lain dari Al Qur’an ialah “ Asy-syifa “ yang membawa maksud Ubat Penyembuh.” Hai manusia , telah datang kepadamu kitab yang berisi pelajaran dari tuhanmu dan sebagai ubat penyembuh jiwa, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ” ( Surah Yunus : 57 ).

Wallahu a'lam

Maher Zain - Baraka allahu lakuma ماهر زين - بارك الله لكــما


Lagu best dari Maher Zain....

Zapin Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami)


Best gak dengar lagu Zapin Laksamana Raja Di Laut ni... nyayian asal Dato M. Daud Kilau.. tapi dinyanyikan semula oleh penyanyi Indon Iyeth Bustami... Ramai yang x kenal kan... tapi popular gak la di Indon tu... tapi bila dgr iras2 lagu Nostalgia Aidilfitri nyanyian Sharifah Aini... cubala dgr... jgn malu2 nak dgr ek... free jer.... xyah bayar pun...

Sama Tapi Tak Serupa....


Dah nak masuk 5 tahun dah umur Rafiq, 21 mei 2011 genap la 5 tahun umur anak sulong aku ni. Cepat jer masa berlalu. Tapikan... masa Rafiq kecil-kecil dulu, ke mana2 aku pergi mesti orang yang kenal ngan aku akan mengatakan bahawa rafiq ni sebijik rupa aku masa aku kecik2 dulu? betul ker?... manalah aku tahukan masa tu aku pun x ingat lagi rupa aku... tapi bila belek2 album lama, terjumpa la gambo aku masa kecik dulu.... tilek punya tilek ada gak la persamaan sikit2 ngan rafiq ni... haha... ke mana tumpah kuah kalau tidak ke lantai kan.... cuba korang tgk... ada x persamaan?

INGIN TAHU KELEBIHAN HARI JUMAAT?

“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:

  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

Tuesday, December 7, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM

Kematian tidak mengenal usia...

Al-Fatihah untuk yang terlebih dahulu meninggalkan kita...

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Wallahu a'lam...

Putera Katak Vs Puteri Katak



Kat TV3 sekarang ni musim citer lagenda.... dulu citer ni aku rasa macam mengarut jerrr.... mcm citer2 indon... tapi lama2 bila tgk best jugak... lepas citer Patung Cendana, Duyung Aridinata, Siti Kelembai, Ulek Mayang dan sekarang citer Putera Katak... lawak juga la kan... sajer isi masa lapang petang2 time cuti sekolah ni... dah la hujan memanjang jer..... Tgk la kat TV3 kul 4.30 ptg Isnin hingga khamis, dan ulangan di TV9 kul 8.30 mlm, tapi xder ker citer Puteri Katak? Klu ada saper la yer puteri katak tu....

Wonder Girls - Nobody (english version)

Ranting angin.DAT

Saleem - Zikir Jiwa

Saturday, December 4, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Dibaca 3x selepas asar sebelum masuk waktu maghrib.

Dibaca 3x selepas solat maghrib.

Selasa ini, kita akan melangkah ke tahun baru hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang Isnin (6 Disember 2010). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. InsyaAllah kita semua menjadi insan yang lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Friday, December 3, 2010

Oh! abang posmen...

Sebahagian dr 136 questionnaire yg diterima balik.

Hari-hari aku menunggu posmen. Jam 11.30-12.00 time posmen hantar surat ke rumah aku. Bukan menunggu surat cinta, tapi menunggu maklum balas responden yg x reti2 nak reply balik. Dah disediakan sampul beserta stem pun malas lagi. Bukan susah pun, just tip jer questionnaire tu... then pos la balik. Bukan setakat pos,... secara e-mail pun x jugak berkesan. Nampaknya aku kena cuba cara ke-3 plak. Nak aku call ke sekolah2 yang x pulangkan balik hak aku tu... jenuh menunggu hari2.... macam gila talak kat abg posmen plak. Betapa siksanya nak siapkan thesis aku ni. Sabar... Sabar... nanti aku solat hajat.... Ya Tuhan!!! buka hati mereka itu untuk pulangkan semula hak aku tu.... apa2pun aku kena call mereka semua. Aku x kira, aku nak jugak... Pada cikgu2 yang pulangkan balik tu, terima kasih byk2.... komitmen anda amat dihargai.... Abg posmen pun tima kacih gak yer....

Thursday, December 2, 2010

Nikon D5000

My 1st shoot using Nikon D5000.... amazing...





Dulu, masa jalan2 kat KL, ternampak kedai kamera... beli la satu camera digital Canon ixus. Bukan apa senang nak rakam gambar family jer... lagipun aku dr dulu berminat ngan fotografi ni, cuma xder peluang jer nak kembangkan bakat. Nak masuk kursus fotografi lagi la susah.. so, belajar sendiri jer la... try n error. Baru2 ni tgk member2 amik gambar cantik2... terasa best plak. So, rayau2 la kat kedai kamera.. nampak la Nikon D5000. Harganya lebih kurang 2k++, kebetulan ada duit... teringin gak nak memilikinya. Pikir punya pikir, pejam mata beli la satu, walau x reti guna, tapi cuba2 sendiri jer la... belajar secara online. hehehehe.... tp lom ada masa lagi nak explore lebih2... kat sini percubaan pertama aku guna Nikon D5000 ni... not bad la kan...

Kembali

Lama betul la x update blog ni... sampai aku sendiri pun dah terlupa yg aku ada blog sendiri. Maklumlah mcm2 program dlm kepala. Rasanya dah sampai masa aku update blog aku ni...

Saturday, February 6, 2010

catatan sebuah kehidupan.....


Apa yang ada pada sebuah kehidupan adalah pengalaman yang paling berharga buat seseorang.... Ada yang manis, ada yang pahit. Ada yang boleh dikogsi bersama... ada yang hanya kita sahaja mengetahui dan merasainya....

Tuesday, February 2, 2010

Coming Soon.....

Sori la kepada semua pengunjung...lama tak update blog ni....bz sangat...bz ngan study aku...lagi pun sekarang lebih kepada FACEBOOK....hehehe...apapun insyaAllah.....akan datang aku cuba masukan sesuatu yang baru.....tunggu kemunculannya tau......