Sunday, October 23, 2011

Lahirnya Putera ke-3

Masuk wad kerana kuning...



Hari pertama kelahiran IzzRayyan

Alhamdulillah... setelah sekian lama menunggu, lahirlah putera ke-3 kami. Putera ke-3 kami ini lahir jam 1.10 tengahari, 17 September 2011 di hospital daerah Besut. Kelahiran putera kami kali ini membuatkan aku benar2 resah. Resah kerana proses kelahiran yang agak sukar sedikit dan resah menanti sama ada anak yang bakal lahir nanti putera atau pun puteri... Memang dari awal kandungan, scan menunjukkan puteri. Tapi aku tidak berharap sgt dengan keputusan dr. Mungkin boleh berubah. semuanya kuasa Tuhan. Scan kali kedua pula menunjukkan bayi kami lelaki pula. Isteriku menelefon memberitahu tentang keputusan itu. Walaupun sedikit kecewa namun aku tetap berharap agar keputusan itu adalah silap. Aku hanya diam dan bersyukur. Apa2pun yang terjadi semua kuasa Tuhan dan aku terima dengan redha. Aku hanya berdoa agar bayi yang dilahirkan nanti sihat, sempurna, comel dan pintar. Soal jantina lupakan seketika.

Tiba hari kelahiran, aku menanti dengan penuh debaran di luar wad. Menunggu panggilan dari jururawat. Tersentak seketika apabila namaku dipanggil dan dipelawa masuk untuk melihat bayiku yang telah selamat lahir. Dengan debaran aku melangkahkan kaki masuk ke dalam wad. Hatiku tertanya2 sama ada bayiku kali ini putera atau puteri. Jururawat terus membawa aku ke arah bayiku yang berselimut. Dengan perlahan jururawat tadi menyelak sedikit selimut bayi dan berkata "Tengok la anak awak ni....." Aku perlahan2 menghampirian dan dengan perasan sedih bercampur gembira aku berkata " ahhh.... lelaki jugak...." Aku terus mendongkong bayiku untuk mengazankan dan mengiqamatkan di telinganya. Mataku sedikit bergenang dengan air mata kegembiraan pertama kali melihat mata bayiku terbuka tatkala mendengar azan. Syukur alhamdulillah kerana anakku telah lahir dengan selamat..... dan aku namakan putera ke-3 ku ini dengan nama Wan Muhammad IzzRayyan selepas 3 hari kelahirannya. Semoga nama ini membawa tuah kepada puteraku...