Wednesday, April 20, 2011

BANGKITLAH ANAK BANGSAKU

Di mana silapnya... semakin hari semakin parah sikap pelajar. Rasa hormat kepada guru sudah hilang dalam diri mereka. Guru di mata mereka hanya insan biasa. Tiada keistimewaan langsung. Kalau dahulu, guru adalah insan yang disanjung, tapi kini... guru langsung hilang keistimewaan yang ada satu ketika dulu. Di mana silapnya? ibu bapa? pelajar sendiri? atau guru sendiri yang menjadi penyebab? ataukah kerana sistem pendidikan masa kini?... semuanya saling berkait rapat.

Sedih melihat sikap anak2 didik, terutamanya bangsa melayu yang berkelakuan diluar batasan. Sehingga ada yang sanggup merosakkan harta sekolah, ponteng kelas, ponteng solat. Bahkan mereka merasa bangga dapat berbuat demikian. Guru kini umpama robot, melakukan apa sahaja yang disuruh... tugas mengajar bukan lagi perkara utama... Memang betul, bebanan tugas yang semakin bertambah, menyebabkan tugas mengajar semakin ke tepi. Mana nak mengajar, mana nak siapkan bahan pengajaran, mana nak tanda kerja2 pelajar, aktiviti itu dan ini, mesyuarat itu ini, kursus dan mcm2 lagi... semua guru nak kena buat. Gurulah ibu bapa, gurulah polis, gurulah doktor.

Pelajar kini semakin berani bertindak. Bertindak kepada keburukan, bukan kebaikan. Bahkan ada yang melambai tangan kepada guru kerana merasa bangka dapat ponteng sekolah, keluar dari kawasan sekolah. Guru hanya mampu melihat dan berdoa agar pelajar ini diberi hidayah. Tapi... sampai bila, kesabaran guru juga ada batasnya. Kenapa pelajar kini lebih suka kepada perkara yang dilarang. Kenapa pelajar kini tidak gentar dengan ugutan guru. Agaknya di rumah pun mereka tidak takut dengan ibu bapa mereka. Mereka ini belum lagi merasa sebuah kekecewaan kerana leka dengan dunia. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah... Masa itulah baru nak menyesal. Itulah yang selalu aku bebelkan kepada pelajar dalam kelas. Tapi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sekurang2nya aku dah menasihati mereka. Aku x rugi apa2pun...

Namun ada juga segelintir pelajar yang berkelakuan baik. Tapi boleh dibilang dengan jari jumlah mereka. Sejuk hati dan mata memandang pelajar yang sopan. Memberi salam bila berjumpa guru. Alangkah indahnya jika semua pelajar berkelakuan baik seperti itu. Baru ada semangat untuk masuk kelas. Ini tidak, tengok gaya merekapun dah memualkan. Dengan fesyen seluar londeh, rambut dengan macam2 gaya. Ala2 ayam bulu balik pun ada. Rasa nak gunting jer jambu2 yang berceracak atas, tepi, belakang. Yang perempuan dengan cara mereka. kain singkat, baju ketat, tudung singkat, ber make-up dan mcm2 hal lagi. Ntah laa... apa nak jadi dengan dunia pendidikan hari ni. Bila ditegur ada juga ibu bapa yang datang ke sekolah membela anak mereka. Pada mereka anak mereka betul. Susah bila ibu bapa tidak memberi kepercayaan penuh kepada pihak sekolah. Asyik nak cari kesalah guru. Pengorbanan guru mereka tidak nampak... belum lagi cerita disiplin pelajar yang pelik2... rasanya sampai pagi x habis nak cerita. Cukuplah rasanya, sedarlah wahai anak2 didik ku... anak2 bangsaku... jgn runtuhkan maruah kita kerana kealpaan kita sendiri.

No comments: