Saturday, October 3, 2009

PERINGATAN DARI ALLAH.....

Allah menurunkan malapetaka kepada manusia adalah sebagai ujian keredhaan kita dan mungkin juga adalah kerana menurunkan bala.

Jika sebelum Ramadhan wabak H1N1 menggemparkan dunia yang menyebabkan beratus-ratus orang meninggal dunia serta amaran mengenai "gelombang kedua H1N1" yang dikhabarkan lebih dasyat lagi yang diramalkan menyebabkan kematian dengan angka yang lebih besar lagi.

Di minggu pertama Syawal ini telah terjadi tiga kejadian malapetaka yang besar-besar supaya mengingatkan kita kekuasaan Allah.

Pertama kejadian taufan Ketsana yang melanda Filipina yang menjadikan mangsa taufan tersebut mencecah 2.2 juta orang dan setakat ini, taufan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 246 orang dan angka kematian dijangka meningkat lagi berikutan ramai mangsa yang masih hilang.



Selepas itu kejadian Tsunami yang melanda Samoa dan Saoma Amerika. Seramai 119 orang telah disahkan mati aibat kejadian itu.




Image: People walk among the debris

Semalam kita digegarkan lagi dengan berita gempa bumi di Padang. Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kita yang di Malaysia ini sentiasa lah beringat kerana selain kejadian-kejadian tu berlaku di sekeling kita , bila-bila pun boleh berlaku di Malaysia juga. Ni dah hujung-hujung tahun, masih jelas lagi ingatan saya apabila banjir besar melanda negara kita dua tahun lalu.

Allah kalau nak menurunkan bala kepada orng yang melanggar perintahNya sahaja tetapi kalau bala diturunkan ramai orang akan terkena juga. So marilah kita sama-sama Amal Makruf Nahi Mungkar.

Thursday, October 1, 2009

Opick....Best.....





Just nak share ngan pembaca semua.... Pernah tak korang dengar lagu2 dari penyanyi yang bernama OPICK ni... Lagu2 yang dinyanyikan semuanya berunsur dakwah.... First time aku tegok nama ni aku tak kenal siapa dia... lama2 aku dapat tahu yang dia ni pernah menyertai satu kumpulan dari Indon..lupa plak kumpulan apa...popular gak la dulu....pastu dia quit nyanyi solo..hasilnya album2 di bawah ni... mula2 aku tak yakin la lagu apa yang dibawa..tapi bila aku dgr lagu2 dia, lama2 jatuh cinta plak. Suara tak kurang hebat juga...lagu2 pun best..tak tugi korang dgr lagu2 mcm ni....lagu asmaul husna dan ketika cinta yang ada dalam album baru siti tu adalah lagu Opick la.... ni kat bawah ni cover album Opick.... banyak lagu2 berunsur ketuhanan yang best2...