Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini... dan dengan izinNya juga aku dapat menikmati kurniaanNya. Alhamdulillah... berkat kesabaran aku selama hampir 3 tahun, mengharungi pelbagai dugaan dan cubaaan dalam usaha untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya membuahkan hasil. Impianku untuk menaiki pentas dan menerima ijazah dari SPB Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan terlaksana sudah. Walaupun kejayaanku ini diraikan tanpa keluarga tersayang, namun aku tetap bersyukur kerana doaku selama ini termakbul juga. Jika dikenangkan kembali, saat pertama kali aku menyambung pelajaran, pelbagai dugaan harus ditempuhi. Betapa sukarnya ku rasakan untuk mendapatkan segulung ijazah. Jarak, masa, keluarga dan duit semuanya menjadi persoalan. Namun kesabaranku mengatasi segalanya. Kini aku akan terus melangkah dan terus melangkah ke depan dan mengharungi segala onak dan duri tanpa menoleh ke belakang lagi demi keluargaku kerana ku tetap yakin ada sinar di hadapanku. Semoga Allah sentiasa berdampingan dengan ku dan membantu aku mencapai apa yang aku inginkan.
1 comment:
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة الفئران بصفوى
Post a Comment