Saturday, October 3, 2009

PERINGATAN DARI ALLAH.....

Allah menurunkan malapetaka kepada manusia adalah sebagai ujian keredhaan kita dan mungkin juga adalah kerana menurunkan bala.

Jika sebelum Ramadhan wabak H1N1 menggemparkan dunia yang menyebabkan beratus-ratus orang meninggal dunia serta amaran mengenai "gelombang kedua H1N1" yang dikhabarkan lebih dasyat lagi yang diramalkan menyebabkan kematian dengan angka yang lebih besar lagi.

Di minggu pertama Syawal ini telah terjadi tiga kejadian malapetaka yang besar-besar supaya mengingatkan kita kekuasaan Allah.

Pertama kejadian taufan Ketsana yang melanda Filipina yang menjadikan mangsa taufan tersebut mencecah 2.2 juta orang dan setakat ini, taufan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 246 orang dan angka kematian dijangka meningkat lagi berikutan ramai mangsa yang masih hilang.



Selepas itu kejadian Tsunami yang melanda Samoa dan Saoma Amerika. Seramai 119 orang telah disahkan mati aibat kejadian itu.




Image: People walk among the debris

Semalam kita digegarkan lagi dengan berita gempa bumi di Padang. Gempa bumi kuat yang berlaku berhampiran bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Kita yang di Malaysia ini sentiasa lah beringat kerana selain kejadian-kejadian tu berlaku di sekeling kita , bila-bila pun boleh berlaku di Malaysia juga. Ni dah hujung-hujung tahun, masih jelas lagi ingatan saya apabila banjir besar melanda negara kita dua tahun lalu.

Allah kalau nak menurunkan bala kepada orng yang melanggar perintahNya sahaja tetapi kalau bala diturunkan ramai orang akan terkena juga. So marilah kita sama-sama Amal Makruf Nahi Mungkar.

Thursday, October 1, 2009

Opick....Best.....





Just nak share ngan pembaca semua.... Pernah tak korang dengar lagu2 dari penyanyi yang bernama OPICK ni... Lagu2 yang dinyanyikan semuanya berunsur dakwah.... First time aku tegok nama ni aku tak kenal siapa dia... lama2 aku dapat tahu yang dia ni pernah menyertai satu kumpulan dari Indon..lupa plak kumpulan apa...popular gak la dulu....pastu dia quit nyanyi solo..hasilnya album2 di bawah ni... mula2 aku tak yakin la lagu apa yang dibawa..tapi bila aku dgr lagu2 dia, lama2 jatuh cinta plak. Suara tak kurang hebat juga...lagu2 pun best..tak tugi korang dgr lagu2 mcm ni....lagu asmaul husna dan ketika cinta yang ada dalam album baru siti tu adalah lagu Opick la.... ni kat bawah ni cover album Opick.... banyak lagu2 berunsur ketuhanan yang best2...


Wednesday, September 30, 2009

Rumah Sementara.......

Cantik tak.....ni hasil kerja tangan sendiri tau....takder dijual di mana2.....pasar ramadhan lagi takder jual..... batik sutera lukisan tangan tau.....

Ni pun hasil buatan sendirian berhad jugak.....bukan senang nak buat ni....

Simple jer....takleh lebih2......

Lmpu tido tu beli kat IKEA tau...hehehe...murah jer la....

OK tak?

Ni la rumah sementara aku...tak tau la bila nak buat rumah sendiri plak...dalam perancangan lagi la...insyaallah secepat mungkin...bukan apa...geram nak nak hias cantik2...maklum la...rumahku syurgaku...hehehe....skrang ni tgh tunggu gran tanah pecah lot..dah lebih RM5ooo kos pecah lot....takper...janji selesai semu masalah......

Tuesday, September 29, 2009

Doktor zaman sekarang... leh cayer ker tak?

p/s: Gambar hiasan jer ni..... bukan perut bini aku dan bukan juga perut aku tau....

Tak tau la nak cakap apa...cuma nak share pengalaman skit. Hati2 memilih doktor... kesilapan boleh berlaku bila2 masa jer.... jangan ingat doktor ni semua tahu... lain la macam doktor serba tau gila2 tu.... Kisahnya macam ni.... sebelum bulan puasa yang lalu isteri aku disahkan mengandung... Alhamdulillah...rezeki lagi... patut la aku bermimpi didatangi seorang lelaki yang mendokong bayi. Aku pun terus meminta bayi tersebut untuk dipelihara. Tanpa banyak soal, lelaki tu pun menyerahkah bayi yang didokongnya kepada aku. Aku terus mengambil bayi tersebut... bila sedar dari tido aku terpikir yang adakah aku akan menerima seorang lagi zuriat. Aku diamkan sajer... Nak jadikan cerita...mak aku pun bermimpi memakai rantai emas....tapi permata tercabut. Mak aku pun memberitahu tentang mimpinya itu. Menurut org tua2... memakai rantai emas alamatnya ada orang yang bakal menimang anak perempuan...aku diamkan saja. Tak terpikir langsung pasal permata yang tercabut tu....

Selang beberapa hari...isteri aku demam panas....terus pegi klinik kat jertih...setelah diberitahu yang isteri aku mengandung..doktor terus bagi ubat...oleh kerana terlalu panas, isteri aku makan ubat tersebut. Lepas makan..demam kebah skit...pastu demam lagi...makan lagi ubat.....tanpa pikir pasal kandungan dek kerana demam kuat.

Sehari sebelum puasa...isteri aku "turun darah"....dah...panik semua.... mcm2 pikir....tak lain tak bukan takut keguguran... mungkin kerana ubat dos yang tinggi atau sebaliknya... Takper la..takder rezeki kot... Tanya bidan...bidan suruh minum air daun apa ntah...lupa plak. Tapi pendarahan tak gak berhenti. Esoknya terus ke klinik lain plak. Doktor scan kandungan didapati dah kosong. Takper la....takder rezeki... Doktor bagi ubat lagi kononnya nak bersihkan rahim.

Tapi yang peliknya... sepanjang puasa isteri aku macam orang mengandung....takleh makan...loya2.....kepenatan....macam orang mengandung. Pelik kan.... dek kerana was2...selepas raya isteri aku beli pragnant test. Dua kali test hasilnya positif. Lagi la was2... last2 jumpa lagi doktor yang sama....citer semua masalah. Doktor scan sekali lagi..ternyata jawapan doktor tetap sama....tiada baby pun...cuma ada kantong kosong. Menurut doktor kantung tu akan keluar gak nanti... dalam masa dua minggu katanya. Kerana tak puas hati ngan jawapan doktor... isteri aku pegi lagi klinik lain wat cek sekali lagi... doktor ketiga scan lagi...menurut doktor tu..isteri aku mengandung. kandungan normal....terkejut gak....katanya usia kandungan dalam 1o minggu. Untuk mengesahkannya...isteri aku diminta scan lagi dalam masa dua minggu...sama ada kandungan membesar atau pun tak. Heran kan....so saper yang silap...kenapa keadaan macam ni boleh berlaku.... Risau gak la kan....doktor kata kalau kandungan mengecil..kena la buat cuci rahim...orang pompuan takut la..sakit katanya..ntah la....

Cuma nak nasihatkan di sini...pilihla doktor yang berkaliber....yang kita yakin cara dia bekerja. Bukan doktor yang sambil lewa...maklum la...doktor sekarang ni leh wat duit...kaya...ramai orang sakit...sampai boleh demand plak..... lu pikir la sendiri..... so...aku hanya mampu berdoa la...kalau ada rezeki alhamdulillah...syukur......

Monday, September 28, 2009

Hari Tido....Raya2 pun tido.....





Ayooo..... penat beraya ker tu.......mcm2 pesen tido.....

Aidil Fitri II

Ain..... mek putih....

Ewah2....senyum mewek adik.....

Kakak pun join gak...

Abe long, darwish & Dayang Senandung (farah)

Alia...ngan mama dia....

Darwish...

Alia Zahra....

Airisya...

Abe long....

Mama, Abe long & Adik

Aidil Fitri 2009

Luasnyo mulot depa ni......

3 teruna pingitan...

Ni plak 3 dara pingitan...

Keluarga ku...

Keluarga Ayah Noor & kak Tie...

Keluarga Ayah Li & Kak Dah

Keluarga Kak Nie...

Keluarga Abe Zul & Kak...

Di pagi raya... salam bersalaman sambil minta duit....

Sibuk kumpul duit raya la t u....

Saturday, September 12, 2009

Indonesia juga maling

Segelintir rakyat Indonesia menuduh Malaysia sebagai tidak kreatif dan tidak seni. Buktinya kerana lagu-lagu Indonesia popular di Malaysia. Kepada stesyen radio Malaysia tolonglah... Masa ni la kita lebih mainkan lagu artis Malaysia yang tidak kurang hebatnya. Jangan dok puja sgt artis indon tu..... sampaikan penyanyi kita pun turun ikut sleng org indon....dah takder identiti lagu Malaysia dah....

Rakyat Indonesia pun sebenarnya bukannya seni sangat, mereka pun tak kreatif juga. Orang sana gelakkan filem Cicakman yang diadaptasi dari Spiderman tapi cover filem diaorang pun meniru juga. Ini baru cover , entah-entah cerita pun tiru juga. huhuhu. Paku dulang paku serpih....dia yang terlebih sudah.......









Tuesday, September 8, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Sempena bulan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi kawe nak ucapkan Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung... Maafkan segala kekurangan yang ada pada diri kawe ni... Buat keluarga kawe yang berada di Besut... maaf jua di pohon dari hujung rambut ke hujung kaki... Untuk isteri....salam sayang dari kejauhan....maaf segala kekurangan....untuk anak-anak....peluk cium dari ayah....I luv u all.....Salam Aidil Fitri...

Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza

Haa… ini dia gambar kulit album Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta yang akan berada di pasaran esok - 9 September 2009.



Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original ~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdan dalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di dunia ini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.