Sudah lama rasanya kaki ini tidak menjenguk pusara arwah ayah... kali terakhir aku menziarahi kira-kira dua bulan yang lalu. Dalam keadaan samar-samar cahaya lampu aku mencari-cari pusara ayah. Agak terkilan kerana pusara yang telah bersemadi lebih dari 20 tahun hilang dari pandangan. Hilang bukan kerana ghaib, tetapi hilang dari pandanganku kerana persekitaran yang berubah. Semakin bertambah penghuni kubur. Rumput-rumput liar menutupi sebahagian pusaramu. Dalam cahaya subuh aku meraba-raba mencari pusaramu. Jariku liar membaca nama yang tertera di pusaramu. Memang sah... ini pusara ayah. Betapa lama aku tidak menziarahi pusaramu ayah. Maafkan anakmu ayah kerana menjadi anak yang derhaka... tapi bukan niatku untuk tidak menziarahi pusara ayah. Tetapi kerana kesibukan duniawi. Entah kenapa semakin hari, semakin banyak urusan dunia yang perlu dilakukan sehinggakan aku lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Tapi... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu ayah... Semoga rohmu bersama orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment