Friday, March 18, 2011

DOA MENCARI BARANG YANG HILANG

(diambil dari darussyifa.org)

Hanya untuk berkongsi dengan pembaca semua... satu ketika aku kehilangan cincin yang berharga. Sebelum ni aku x pernah kehilangan cincin ni. Selalu berada di jari... setiap kali balik rumah, nak mandi aku pecat dan letak atas meja bersama wallet, jam dan h/phone. Tapi ntah mcm mana... satu hari aku nak memakainya aku dapati tiada di tempat yang aku biasa letak. Puas aku pikir di mana aku meletakkannya. Sangkaan aku bahawa aku terlupa di mana aku meletakkannya... puas mencari merata2, tapi x jumpa.

Aku ingat tertinggal di rumah kakak aku... tapi tak juga kelihatan. Balik semula ke rumah... pikir punya pikir, x juga aku ingat di mana aku letak. Tapi aku yakin memang aku letak di atas meja seperti biasa. Aku tanya anak2 aku... semua diam... masing2 tak tahu. Dalam hati aku terdetik bahawa mesti kerja budak2 ni... sbb mereka selalu usik barang2 aku atas meja. Tapi aku x dapat tuduh mereka sbb xder bukti... tambahan pula aku etul2 x ingat di mana aku letak. Takut2 aku yg tersalah letak. Nak kata dicuri orang, memang sah tiada siapa yang dtg ke rumah.

Dah puas mencari... aku pun meyakinkan hati bahwa memang xder rezeki. Dah hilang... tapi semasa aku melayari laman web, aku terjumpa satu doa yang dibaca untuk mencari barang2 yang hilang. Akupun salin dan membacanya beberapa kali selepas solat dan tawakkal. Jika ada rezeki ada lah...

Satu malam... aku menyiapkan kerja aku. Kemudian aku nak print la doc yg aku siapkan. Banyak page jugak la... bila print, tiba2 sangkut selepas page 4. "Paper jam". Adoi.... bukak kertas, masukkan semula... x jugak menjadi. Tukar dari laptop ke pc pun x menjadi. Walhal paper xder yang sangkut. Dah mula naik angin satu badan... dah la jam hampir 12 malam. Aku pun bukak cover printer... ketuk2... angkat tinggi2... goyang2... bunyi mcm benda longgar dlm printer. Aku goncang kuat2... last2 bila aku tgk dalam printer, cincin aku yang tersangkut kat dalam tu... lega sikit kemarahan td... pastu... dapat print semula dengan selamat... Alhamdulillah... ada lagi rezeki aku... berkat doa yang aku baca... (dalam hati aku dah tau saper punya kerja...)

No comments: