Thursday, August 27, 2009

Dialog Beruang, Singa dan Babi

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."



Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."





Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

Tuesday, August 25, 2009

Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan

Antara kesilapan yang kita telah terbiasa buat..

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

Gambar Lama


Ni gambar lama yang aku jumpa dalam album dulu2....ni masa perkahwinan kakak aku Wan Rusliah.... Berdiri di belakang dari kiri Hanizoh (sepupu), Wan Rusliah (mek) allahyarham ayahanda, bonda, kakak aku yang sulung Wan Zakiah (kak) dan Zaidah (sepupu). Duduk di tengah Ramlah (kak lah, kakak ipar), Hanisah (sepupu), Sa'adah (kak dah, sepupu) Zaimah (kak mah, sepupu), duduk di depan Rahimah (kak mah abg jamil) dan last sekali tu tak pasti... rasanya Hasmah...yang dah meninggal dunia....

Tuesday, August 18, 2009

Pagar atau pendinding rumah.

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

* Ini tembok Nabi Sulaiman
* Dalamnya laut luarnya kota
* Kalau kamu pecah kota ini
* Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bismillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melindungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah.

Wallahualam

H1N1 kini tahap tenat

Utusan Malaysia
oleh Liau Pei Wen

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

Alia lagi......

Dengan sepupu2......


Alia sebelum pembedahan kali ketiga.....

Alisa ngan Alia....

bulatnyer mata alia....

Takder kejer...ni la kejer aku....sambil2 study sempat lagi jadi bobok....hehehe..takler boring sgt.... ada gak kejer sampingan...hehehehe

Monday, August 17, 2009

Rumahku Syurgaku...

Ruang dapur......

Ruang tamu...takder sofa pun...duk atas lantai jer....


Bilik tido....huhuhuu...tapi selesa tido kat luar jer...depan tv....

Ni la rumah sementara aku anak beranak....belum ada apa2 lagi...masih kosong, cuma kemudahan asas jer....hehehe....nanti siap rumah sendirilah baru bleh isi banyak2.....lambatnya nak rasa rumah sendiri...la ni duk siap pecah lot tanah....ieeeee......kena korek lagi RM5,000.00 untuk bayar kos pecah lot...huhuhuhu..pokai den.....

Info berguna H1N1


Info ni tersangat dan teramat berguna untuk diamalkan oleh semua...
Harap dapat dipanjangkan untuk kesejahteraan bersama...

Mudahan-mudahan ia dapat membantu mengurangkan menularnya penyakit H1N1 kini, insyaAllah... Amin..

15 Sebab Bencana Menimpa Manusia

Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wallahualam

WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti H1N1 jika abai kesihatan

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya. BERNAMA

Thursday, August 6, 2009

Kesian Alisa.....

Lisa....terbaring kat katil...wad 5 p3.....menara timur PPUM

Menangis...mungkin merasa kesakitan...

Nenek yang sentiasa menemani cucunya....

Petang tadi aku pergi ke PPUM untuk menjenguk Lisa yang baru selesai pembedahan di bahagian kepala buat kali ke-3. Sedih tengok keadaan kanak2 yang berusia 3th lebih telah mengalami penyakit yang berbahaya...penyakit yang boleh membawa maut...Kanser otak..Subhanallah... dengan berkat kuasa Ilahi Lisa masih lagi bernyawa sehingga ke hari ini. Semoga pembedahan ini adalah pembedahan kali terakhir untuknya...semoga Lisa akan sembuh sempena menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi...sama2 kita doakan... Kesian kedua ibu bapa Lisa terpaksa berulang alik ke hospital. Hospital dah jadi rumah kedua untuk mereka...kekadang terpaksa ambil cuti kerana menjaga anak. Rasa nak menitis air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Alisa...yang tidak tahu apa2... terpaksa ikut apa yang dilakukan oleh doktor....Nasib baik ada nenek dan atuk yang sentiasa menemani di sisi.... semoga tabah menghadapi ujian....

Wednesday, August 5, 2009

PTPTN ohhhh.... PTPTN......



Adoi.....sakitnya mata nengok penyata PTPTN ni...menyakitkan hati...memang betul la...PTPTN ni bukan nak menolong pelajar...tapi nak membebankan pelajar. Kalau tak bayar balik nak kenakan itu la...ini la...tak kasi kaluar negara la...tapi tengok la......mcm lintah darat. cekik darah pelajar. Aku menyesal tul wat pinjaman PTPTN dulu...apa leh buat, masa aku belajar dulu separuh gaji. Dah la separuh, kena lak potong lagi jadi separuh...dah dua paruh takder...nak tak nak.. terpaksa amik juga PTPTN...ramai pelajar sebut..."PTPTpuuuuuuuuu....". Memang betul pun...tgk la....walau pun dah berbayar tiap2 bulan masih lagi ada kos pentadbiran...sampai aku pencen pun tak habis nak bayar balik...Nasib baik aku tak kaya...kalau aku kaya siap ko PTPTN....aku bayar cash......ieeeeeeeeeeeeeeeee.... GERAMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 4, 2009

Keistimewaan 7 Ogos 09

Pada 7 hb Ogos 2009 (hari Jumaat ini)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi :

12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

Monday, August 3, 2009

Buah Sentol.....




Ni buah sentol...ramai yang tak kenal...generasi sekarang ni kenal buah epal, anggur, dragon...buah2 klasik ni dah tak kenal lagi dah...pokok ni pun sukar didapati..jarang orang tanam... buah dia ni boleh di buah jeruk atau rojak...erm...sedap..... kulit dia plak boleh dibuat sayur lemak... korang pernah tgk tak pokok ni? atau nama saintifik dia apa ek....kalau tempat aku org panggil buah seto...hehehehe