Friday, September 12, 2008
Susah Senang Seorang Pendidik
Pejam celik hari ini dah 12 hari kita berpuasa.... dan nak masuk separuh pun. Rasa2 korang selama 12 hari ni sempurna ke tak puasa? klu rasa sempurna alhamdulillah... kalau tak tu cuba2 lah buat sebaik mungkin. Kerana Ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Dalam duk susah senang ni.... dah 14 tahun aku bergelar seorang guru. Rasanya cukup lama.... Dah bermacam pahit maung aku rasa sebagai seorang pendidik. Masih terkenang di telinga aku ucapan pensyarah maktab aku dulu yang memberi amaran kepada bakal2 pendidik supaya berfikir dahulu sebelum menandatangani perjanjian. Kerana menurutnya, "sekali terjun ke bidang perguruan, sampai mati kamu akan menjadi guru".
Itulah ayat yang masih aku ingat. Namun, apa yang dicakapkannya memang betul. dah 14 tahun.... aku cuba untuk menceburi kerjaya lain. Namun payah. Cara terbaik ialah dengan mengambung pelajarn dari diploma ke ijazah. Namun masih lagi bergelar guru... Aduh!!! macam mana ni.... aku dah rasa keperitan menajar di negeri orang. Susah senang, suka duka aku tanggung sendiri. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi atas dasar tanggungjawab aku teruskan.
Dari tahun ke setahun aku dapat merasakan keperitan dan bebanan tugas yang ditanggung oleh guru. Kadang2 aku berkecil hati kerana bebanan yang ditanggung tidak setimpal dengan upah yang diperolehi. namun apa boleh buat... nasi dah menjadi bubur. Bukan senang nak mendidik manusia supaya menjadi manusia yang berakal. Nak mendidik pelajar seramao 40 orang dalam satu kelas...ya ampun pak..... gawat..... kena kelas yang hujung2 lagi la sesak nafas.... aku ingat memiliki ijazah kurangla bebanan, namun.... berganda yang aku dapat. Silap sikit guru juga yang kena. Budak2 zaman sekarang takleh nak jeling, takleh nak jentik...pendek kata tgk jer la apa yang diorang buat. Ah....lantaklah nak jadi apa. Cukup bulan aku dapat gaji...hehehe....
Tapi aku rasa masih lagi kekurangan. Aku masih belum puas dengan kerjaya aku. Alhamdulillah...aku dapat tawaran untuk buat master. Itu cita2 aku. Aku nak belajar setakat yang mampu. Tua pun tualah... yang penting ilmu tu lah harta yang aku ada. Aku harap kali ini aku tak akan berada lagi di sekolah yang entah apa lagi bebanan bakal menanti. Syukur ya Allah. Mudah2an dipermudahkan perjalanan hidup aku ini. Mungkin rezeki anak2 kot. 2 tahun tempoh yang agak lama. Bagaimana la aku nak tinggalkan anak2 kesayangan aku. Kesian kat bini aku terpaksa jaga anak2 yang aktif tu... takper sabar la skit yer yang.... tak lama...2 tahun jer.... restukan perjuang ayang k.....muahhhh!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment