Ikan Kukus Ala-Ala Stim Gitu.....
Puas memikirkan apa nak masak untk berbuka nanti? ni dia resepi yang paling mudah. Pendek kata orang malas pun dapat masak. Senang jer......
Mula-mula sedia kan bahan-bahan seperti berikut;
1. Ikan (Siakap, Merah, Bawal) ikan keli, ikan puyu tak sesuai k....
2. Halia seketul (Besar ibu jari kaki) terpulanglah kalau ibu kaki korang besar mana.... ketuk2 sikit.
3. Sebatang serai..... ketuk2 jugak.
4. 3 ulas bawang putih.... ketuk2.
5. 1 ulas bawang merah..... belah 4.... jangan belah 2.
6. Cili padi.... ikut suka hang la nak masuk byk mana pun....
7. Daun limau purut...diracik2...
8. Cuka sesudu.
9. Gula secukup rasa.
10. Garam secukup rasa.
11. Sedikit tepung jagung...nak kasi pekat sikit.
12. Air sechawen..... (ikut sleng iklan kopi radix)
Cara memasak:
Masak air dalam periuk atau kuali.... campakkan bahan2 tadi sekaligus.... bila rasa2 dah masak tu tutup la api.... try test sedap ker tak... gerenti terangkat bontot korang..
No comments:
Post a Comment