Tuesday, September 9, 2008
Ramadhan Datang Lagi
2008, Ramadhan datang lagi menjenguk umat manusia yang berkhalifah di muka bumi. Aku memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana memberi peluang kepada hambamu ini untuk muhasabah diri disebalik seribu pintu rahmat yang kau buka sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Kali ini aku menyambut Ramadhan kali kelima sepanjang aku bergelar suami kepada isteriku (Wan Zaliha) dan kali kedua kepada anakku (Wan Muhammad IzzRafiq) danpertama kali buat (Wan Muhammad IzzRaziq). Dibulan mulia ini aku memanjatkan doa agar merahmati keluarga kita dan memberkati perkahwinan kita selamanya. Buat isteriku.... segala asam garam dalam alam perkahwinan umpama asam garam dalam masakan yang dihidangkan. Dan buat anak-anakku yang comel... ayah sentiasa mendoakan kalian agar menjadi anak yang soleh, berbakti kepada ayah dan mama serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment