Monday, November 10, 2008
Selamat Tinggal SMKSN
Tanggal 13hb Novermber adalah hari terkahir sessi persekolahan 2008. Tarikh terakhir aku berkhidmat di sekolah ini. 5 tahun aku di sekolah ini, banyak pengalaman pahit manis, penat lelah aku lalui sebagai seorang pendidik. Kini aku akan melangkah ke satu tahap yang mungkin akan lebih mencabar. Mencabar aku sebagai seorang insan yang bergelar pendidik, suami dan juga ayah. Banyak pengorbanan yang akan aku lakukan demi mencapai cita-cita aku. Entah apa cabaran yang bakal menanti. Tapi... aku tekad untuk menempuh segala rintangan. InsyaAllah Tuhan merestui apa yang aku lalukan. Kepada rakan2 seperjuangan, mohon ampun dan maaf segala salah silap selama berkhidmat di sekolah ini. Ada umur jumpa lagi. Entah di mana pula aku berkhidmat selepas ini. Mudah2an rezeki menyebelahi aku. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Aku bukan dari kalangan orang berada. Untuk anak2 dan isteri..... demi masa depan kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Wann, usaha aku berjaya jugak..akhirnya dapat gak join ko kat sini. Tu tandanya ko dah dpt org yg jujur dlm persahabatan..tak gitu? haha
Jgn sedih2 nak tinggalkan SMKSN tu demi masa depan ko,isteri dan anak2. InsyaAllah,rezeki lebih menanti lepas grad master nanti. Aku doakan moga ko berjaya dlm mengejar cita2..aminnn
Tentang urusan ko di Shah Alam nanti, aku ada..boleh bantu mana yg aku mampu. Umah aku pun dekat dgn tpt ko akan sambung belajar tu.
Bole ajak anak isteri dtg sekali hujung mgu...tempat tinggal percuma.
Aku harap dpt bantu ko mana yg boleh. Moga ko sudi bersahabat dgn aku....
Post a Comment