Monday, November 10, 2008

Hotel 5 Stars......




Nak tau hotel bertaraf 5 bintang datang la ke Besut. Ni ha.... hotel yang aku maksudkan. Tempat aku di lahirkan kira-kira 37 tahun yang lalu. Rumah ni dibina oleh arwah bapa saudara aku. Cermat buatannya. Tapi sekarang dah usang ditelan zaman. Dahulu waktu mula2 dibina, kawasan ni hutan. Tempat harimau bertapa. itu kata mak aku la... Terpaksa pikul kayu untuk masuk ke tempat tersebut. Jalan raya jauh sekali. Dan di rumah ni lah nenek sebelah mak aku meninggal dunia. Tapi masa tu aku belum dilahirkan lagi. Kini tinggal mak aku dan aku beserta dengan keluarga aku yang tinggal di rumah ini. Entah apa akan jadi di masa akan datang.... Mungkin kawasan ini akan hanya tinggal kenangan sekiranya kerajaan akan membuat pembangunan kerana kawasan rumah aku ini adalah kawasan rezab kerajaan. Teringin nak ada rumah sendiri. Maklumlah rumah moden ni lebih selesa. Tapi...rumah antik ni banyak kenangan. Kalau anak saudara balik, tido pasti kesejukan. Maklumlah ekon ori lagi...... Try la hotel antik ni...

1 comment:

Umie Abadi said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Umie bersyukur dapat juga pengkhabaran tentang sahabat Umie yang lama ni. Tahniah dah ambil Master. Mana-mana pun banyak cabaran dan rintangannya, cuma kita banyakkan berdoa supaya Allah ringankan urusan kita.

Umie pun duduk di kampung juga, asal kita di kampung, duduklah di kampung ye tak. Cuma rimasnya klu cuti raya tak boleh keluarlah...jem.

Mungkin sahabat tak kenal kut dengan umie.. tapi Umie memang kenal benar dengan sahabat ni... kita pernah belajar di maktab dulu, satu kuliah, satu persatuan, pernah panjat Gunung Angsi, pernah berkhelah bersama dan last jumpa kita celebrate kat pulau Pangkor.

Sekian dulu....

Ingat kata-kata Umie ni...
"PENGKHIANATAN TERBESAR ADALAH MEMBOHONGI DIRI SENDIRI"

Wassalam.