Sunday, November 30, 2008

Perkahwinan Hanim & Azrol

Budak nakal ni...posing bukan main lagi...

Majlis Bersanding




Majlis membatalkan air sembahyang


Mas kawin RM7 ribu tunaiiiii....



Tanggal 29 November 2008, berlangsunglah perkahwinan anak buah aku Wan Norhanim dengan pasangannya Mohd Azrol di Chendering, Kuala Terengganu. Walaupun hujan turun mencurah-curah, majlis berlangsung dengan selamatnya. Biasalah...perkahwinan musim hujan.. kenangan. hehehehe.... Majlis di pihak lelaki pulak akan berlangsung pada 14 Disember di klang Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, November 26, 2008

SENYUM.....


Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman

Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

KEAJAIBAN NOMBOR DALAM AL-QURAN


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

Sunday, November 23, 2008


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....

"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

YANG ELOK DAN YANG TIDAK....


MAKANAN KEKACANG

Makanan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi.Dipercayai kacang pistachio dapat menandingi keupayaan kismis dalam hal ini. So, sesiapa nak jadi cerdik,

Makanlah kacang ni, insya Allah...

MINUM AIR YANG ADA SEMUT MATI

Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang adasemut.

MAKAN KEPALA IKAN

Sebenarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan

makan OTAK ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak didalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.

Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. So, pesanan saya, ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendak makan...

Wallahua'lam....

Thursday, November 20, 2008

Kereta Lama Berwajah Baru....




5 hari kat Bengkel akhirnya elok semula kereta kesayangan aku ni.... Terbang juga RM500....Hangus...takper la asalkan kereta aku nampak elok semula. Nak ganti baru lambat lagi la kot. InsyaAllah ada rezeki....Ku idamkan...... takleh cakap...Rahsia.....huhuhuhuh

HUJAN OH HUJAN......

Dah 2 hari hujan turun dah henti2.... sajuknyer...... dah nak masuk musim banjir la ni..... kawasan rumah pun dah byk air. Kat dapur air dah sampai atas meja... air kopi la....yang sarapan pagi tadi. hehehehe..... ni ha....... tgk la kawasan rumah ku. Air hujan jer la....bukan banjir tau..

Air dalam kawasan rumah aku....huhuhuhu...hujan 2 hari tak henti2.

Lena plak anak aku no 2 ni tido. Maklum la hujan2 ni sejuk.......hehehe....



Yang abang long ni plak tak tido2.... bergurau ngan sepupu dia plak si Darwish.. Kejap baik..kejap kelahi.. kejap baik lagi... pening tul....

Lapar la plak rasanyer...... nak masak nasi tak terasa nak makan. Bakar aja lah sotong fresh...cicah sos sedap jugak ni.... ikan kerapu plak malas nak siang lagi. Wife kejer tak balik lagi ni... hehehe... ni resepi paling mudah bagi orang malas. tapi sedap...mana tak sedap ikan dan sotong free... dah berbulan dah aku tak beli ikan. Asyik dapat free jer... Alhamdulullah... rezeki.....

1. Mula2 basuh sotong sampai bersih. Buang kulitnya sekali k.

2. Potong sotong tadi kecil2 yer.....

3. Bungkus sotong tadi dalam kertas timah....

4. Masak guna dapur gas dengan api yg kecil...kalau rajin guna dapur arang...

5. Dah masak. Masak dalam masa 10 minit jaer tau...sotong tak perlu lama....
hehehehe...demikian tadi resepi sotong ala2 pemalas.

Wednesday, November 12, 2008

Waaa..... Keretaku.............





Huhuhuh.... Sadisnyer.... Nak dijadikan cerita... tak semena2 cina langgar keretaku dari belakang. Tersentak aku... Nasib baik bawa slow jer... klu tak hancussss..... Dah last2 minit nak cuti ni kena korban duit lagi... Waaaaaaaa......Waaaaaaaaaa..... Hangin tul ngan mamat yang bawa moto kat depan aku. Selamba jer dia bawa moto macam orang mabuk. Ketengah ketepi macam jalan dia yang punya. Aku follow la pelan2 sebab takleh nak potong orang mabuk. Bila aku tekan minyak nak potong, tiba2 dia bleh masuk ke depan. Apa lagi aku brek la. Tiba2 Dushhhhh..... kereta aku kena cium dari belakang. Mamat moto tu selamba jer tengok pastu blah... Kuar dari keter tgk keadaan kereta aku.. huhuhuh...sedih gak... tapi kereta cina tu lagi teruk. Terus Jem. Terpaksa kena tunda. Kesian plak tgk dia anak beranak, dia mengaku dia salah dan nak bayar ganti rugi. Aku diam jer... memikirkan perlu ker tak aku suruh dia ganti. Sebab dia pun bukan bersalah. Tapi aku kena pegi bengkel kereta yang dia syorkan. Tgk la mcm mana nanti... huhuhuhu.....

Monday, November 10, 2008

Ayat-ayat al-quran untuk diamalkan.


Wallahualam..

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah


1 MINIT UNTUK MENGINGAT ALLAH
Langkah 1 :
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH
LAA I LAAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU'LLAH
LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHIWA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Selamat Tinggal SMKSN






Tanggal 13hb Novermber adalah hari terkahir sessi persekolahan 2008. Tarikh terakhir aku berkhidmat di sekolah ini. 5 tahun aku di sekolah ini, banyak pengalaman pahit manis, penat lelah aku lalui sebagai seorang pendidik. Kini aku akan melangkah ke satu tahap yang mungkin akan lebih mencabar. Mencabar aku sebagai seorang insan yang bergelar pendidik, suami dan juga ayah. Banyak pengorbanan yang akan aku lakukan demi mencapai cita-cita aku. Entah apa cabaran yang bakal menanti. Tapi... aku tekad untuk menempuh segala rintangan. InsyaAllah Tuhan merestui apa yang aku lalukan. Kepada rakan2 seperjuangan, mohon ampun dan maaf segala salah silap selama berkhidmat di sekolah ini. Ada umur jumpa lagi. Entah di mana pula aku berkhidmat selepas ini. Mudah2an rezeki menyebelahi aku. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Aku bukan dari kalangan orang berada. Untuk anak2 dan isteri..... demi masa depan kita semua.

Hotel 5 Stars......




Nak tau hotel bertaraf 5 bintang datang la ke Besut. Ni ha.... hotel yang aku maksudkan. Tempat aku di lahirkan kira-kira 37 tahun yang lalu. Rumah ni dibina oleh arwah bapa saudara aku. Cermat buatannya. Tapi sekarang dah usang ditelan zaman. Dahulu waktu mula2 dibina, kawasan ni hutan. Tempat harimau bertapa. itu kata mak aku la... Terpaksa pikul kayu untuk masuk ke tempat tersebut. Jalan raya jauh sekali. Dan di rumah ni lah nenek sebelah mak aku meninggal dunia. Tapi masa tu aku belum dilahirkan lagi. Kini tinggal mak aku dan aku beserta dengan keluarga aku yang tinggal di rumah ini. Entah apa akan jadi di masa akan datang.... Mungkin kawasan ini akan hanya tinggal kenangan sekiranya kerajaan akan membuat pembangunan kerana kawasan rumah aku ini adalah kawasan rezab kerajaan. Teringin nak ada rumah sendiri. Maklumlah rumah moden ni lebih selesa. Tapi...rumah antik ni banyak kenangan. Kalau anak saudara balik, tido pasti kesejukan. Maklumlah ekon ori lagi...... Try la hotel antik ni...

SOLAT- agenda utama dalam proses didik


"BELAJAR rajin-rajin nak. Ayah, tak ada harta. Ilmu adalah harta
paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak-anak." Pesan
ayah itu adalah motivasi paling berkesan kepada saya hingga hari
ini, terutama selepas mempunyai anak.

Abah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan
berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan
bagaimana abah yang hanya berpendapatan kecil, berkebun dan
memancing selepas pulang dari kerja demi menampung perbelanjaan
harian. Arwah ibu bangun seawal 3 pagi untuk membuat kuih jualan.
Ibu juga mengambil tempahan menjahit baju.

Rumah kami dulu juga tidak banyak perabot. Apa yang ada, hanya
keperluan asas. Abah sering mengingatkan arwah emak supaya tidak
membazir duit dan sentiasa mendahulukan pendidikan anak-anak.

Pengorbanan dan semangat tinggi ibu bapa saya mungkin juga dapat
dirasakan oleh pembaca. Kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu
bapa. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.

Sebagai orang Islam, konsep pengorbanan banyak diajar kepada kita,
terutama dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai ibu bapa
serta Nabi Ismail sebagai anak yang patuh dan taat pada Allah.

Setiap ibu bapa mesti gembira apabila mendapat rezeki berupa anak.
Allah menceritakan dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim apabila
diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang
anak lelaki, baginda menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan
selamat sejahtera. Hal ini seperti firman Allah bermaksud: "Dan
sesungguhnya telah datang utusan Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan
membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: "Selamatlah!" Dia
menjawab: "Selamat!" (Surah Hud, ayat 69)

Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan
berusaha untuk menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak yang taat
dan mendapat keredaan Allah. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan
ia menuntut pengorbanan besar.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud: "Setiap anak dilahirkan
secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara pengorbanan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu
keibubapaan, tidak kira pada peringkat mana umur anak-anak. Ilmu
sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan
keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap
usia mereka. Ia juga kaedah paling berkesan dalam pendidikan dan
menangani masalah anak-anak. Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Sejak dalam kandungan, ibu bapa banyak berkorban dengan menjaga
akhlak. Ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada
Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan menjadi anak soleh. Ayat
suci al-Quran dibaca supaya mereka sentiasa mendengar kalimah Allah
sejak dalam kandungan lagi.

Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak
terhingga oleh seorang ibu.

Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak, baik berupa kebendaan mahupun kerohanian. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hari ini selain bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi
tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan demi
mendapat rezeki halal. Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa
tidak boleh memberi alasan membiarkan pendidikan agama dan rohani
anak.

Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat
jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat
pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam
mencapai matlamat pendidikan anak-anak.

Ibu bapa perlu bijak dalam memilih institusi untuk menghantar anak
mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama, terutama
solat kerana cara yang paling tepat mendidik anak-anak mengenal
Allah adalah dengan melatih mereka mengerjakan sembahyang.

Pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk
kepada Allah, maka Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar diri dan
keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat.
Hal ini dirakamkan dalam firman Allah bermaksud: "Wahai tuhanku,
jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak
cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku."(Surah Ibrahim, ayat 40)

Begitu juga, bijaksana Islam terkenal, Luqman Al-Hakim, salah satu
wasiat kepada anak seperti disebut dalam al-Quran bermaksud: "Hai
anakku, dirikanlah solat..." (Surah Luqman, ayat 17)

Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan
utama untuk mendidik anak berakidah tauhid. Mereka mestilah terlebih
dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang serta meneruskan
kesinambungan pentarbiahan anak di rumah. Mereka tidak seharusnya
menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru
saja.

Anak hendaklah dilayan dengan penuh kasih sayang. Untuk itu, ibu
bapa mesti terlebih dulu membaiki akhlak supaya anak sentiasa
dilihatkan dengan pekerti mulia. Insya-Allah mereka akan terdorong
untuk mencontohi ibu bapa berakhlak mulia.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Allah memberi rahmat kepada ayah
yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya." (Hadis riwayat Abu
Shaikh)

Dalam hal ini, Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah
marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anak mereka. Firman
Allah bermaksud: "Dan orang yang menahan marah serta memaafkan orang
lain dan Allah mencintai orang yang berlaku baik." (Surah Ali Imran,
ayat 134)

Proses pentarbiahan anak mengambil masa panjang dan tentu menuntut
ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan yang
dilakukan, di samping terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Wahai tuhan kami, anugerahkan kepada kami
daripada isteri dan keturunan kami perkara yang menyenangkan hati
melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan, ayat 74)

Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan
bermula dengan diri sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi contoh kepada anak. Ia
adalah kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang soleh.


wallahua'lam

Sunday, November 9, 2008

HARGAILAH ISTERI ANDA...

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Terengganu lad romps to new record in 200m



PETALING JAYA: Terengganu’s Mohd Ajmal Aiman Mat Hasan made up for his 200m hurdles loss by romping to a record-breaking run in the boys’ Under-15 200m final in the National Schools Sports Council (MSSM) athletics championships at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya yesterday.

Ajmal stormed to a personal best of 22.58 to better the previous mark of 22.89 set by Daniel Azwan Amar Nand of Perlis in 2004.

The final day of the meet produced three new records, including the boys’ Under-15 4x400m and girls’ Under-18 4x400m, for a total of 11 over the four-day meet.

Ajmal, who was beaten into second place by Mohd Baihaqi Razlan of Kelantan in the 200m hurdles on Friday, had also set a record in the 110m hurdles on Thursday.

Ajmal was named the overall best male athlete for his two record-breaking runs and two silvers (200m hurdles and 4x100m).

Ajmal, a Form Three student of Bukit Jalil Sports School (BJSS), was not quite satisfied despite this being his best-ever achievement in the meet.

“This is the first time I have broken two records in the meet. But I could have won three gold medals if only I didn’t slow down at the finishing line in the 200m hurdles on Friday,” said Ajmal, a prodigy of former Olympian Ishtiaq Mubarak.

“My target was to win both the 110m hurdles and 200m hurdles but I failed to achieve it.”

But the hurdler, who will compete in the Asean Schools Championships in Singapore in June, was still pleased with his record-breaking run in the 200m final.

psss....... Anak buah kawe ni....hehehe promot skit.

Friday, November 7, 2008

Tuesday, November 4, 2008

PEREMPUAN DAN BUNGA



Adakah nampak ada perempuan dalam gambar bunga ni? Cuba tengok betul-betul tapi tidak sesuai pada mereka yang ada sakit jantung.. hohoho

20 PERKARA MENYEBABKAN JADI PAPA

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...

Monday, November 3, 2008

AYAT-AYAT CINTA


Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.

Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Apakah dua dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Fahri?

Pastikan anda menonton filem ini.

Lagu tema:

Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Rahsia di sebalik bulan lahir, ianya berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Fadzilah Kamsah berkaitan sikap manusia. Sejauh mana ketepatan dan kebenarannya, tidaklah diketahui. Semoga anda semua terhibur membaca rahsia bulan lahir anda dan insan di sekeliling anda.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan

JULAI
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

WASSALAM.

Sunday, November 2, 2008

KUDA SOKMO

Masjid kristal

Replika masjid2 tersohor dunia.

Seronoknya anak ayah ni naik keretapi.

Ni la kereta aku... ops!... kereta Sultan Mizan.

Kenal tak? ni la Faizal AF

Ramainya berkerumun nak tengok Agung ngan permaisuri. Bukan apa nak tengok depan mata sendiri.

Pertandingan melukis arca kuda.

Ieeee..... becarnye kude.....hehehe



Salam....
Seronok gak bawak family ni gi tengok "Kuda Sokmo". Biasa la...anak2 kecik ni bukan biasa tengok kuda. Apa lagi kuda import. Besarrrrr.......hehehe.... yang tua pun berduyun2 pegi tengok. Ok la jugak. Sekurang2nya ada gak acara nak tengok. Kebetulan kat Kuala Terengganu macam2 acara ada. Ada Kuda Sokmo.... Ada Taman Tamadun Islam.... Ada Pameran Kesultanan Terengganu kat Muzium.... Ada Pameran Sains kat Pusat Sains. Cuma masa jer tak sempat nak pegi semua. Maklumlah anak2 kecik ni nak tido la.... nak berak la.... macam2. Tapi sempat jugaklah pergi tengok pameran kuda bermula 31 Oktober hingga 2 November. Macam2 acara ada. Demonstrasi bersih gigi kuda pun ada. Yang bestnya pertandingan melukis arca kuda. Kreatif gak budak2 sekolah ni. Ada lak tu persembahan nyanyian. Masa tu Faizal AF sedang menyanyi.... hehehe...

Lepas tu pegi pulak ke TTI, dewasa bayar RM10 sorang. Masuk kat replika masjid2 dalam dunia ni. Hebat gak arkitek tu bina replika. Cuma takleh nak tengok betul2. Paham2 la. Naik keterapi jer round kat dalam tu. Nak jalan kasi penat. Panas lak tu..... seronok anak2 ni naik keretapi. Ingat nak singgah Muzium plak. Dah anak tido keletihan, balik terus jer la.... 5 hingga 9 November ni ada plak lumaba kuda antarabangsa kat Lembah Bidong. Hajat hati nak jugak pergi tengok...hehehe.....