Tuesday, October 21, 2008

Belangsungkawa

Dalam Kenangan.... Allahyarham Wan Hassan Wan Awang
(Meninggal pada 1992)

Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan dalam hidupku. Pengalaman yang mungkin jarang berlak kepada orang lain, dan hanya aku yang dapat merasainya....

Mungkin ramai tertanya siapakah lelaki dalam gambar di atas. Dia adalah abangku, anak yang ke-dua dalam adik beradik. Namanya Wan Hassan dan panggilan dalam kelarga Abang Ris. Dia (Abg Ris) adalah bekas askar dan berhenti awal untuk berniaga secara kecil-kecilan. Abg Ris seorang yang agak pendiam, jarang balik ke kampung, tak tau la kenapa. Tetapi aku rasa ada sesuatu yang terselindung. Walaubagaimanapun, antara aku dan dia boleh dikira rapat sedikit kerana tiap kali cuti persekolahan, aku akan menghabiskan masa cutiku di rumahnya di kuaters askar di kuantan. Maklumlah zaman persekolahan, itu jer cara aku menghabiskan cuti. Teringat ketika di rumahnya, banyak makanan segera yang khas untuk askar2 ni bawa bekalan. Aku ratah jer... jem, susu tepung, kari dan macam2 lagi.

Tiap kali ada masa Abg Ris bersama rakan2nya akan singgah di kampung semasa sesi latihan. Bersama kenderaan askar yang dibawa menyebabkan aku tertarik untuk meninjau kenderaan tersebut. Mungkin kerana bosan... dia meminta untuk berhenti awal. Abg Ris pulang bersama keluarganya ke kampung isterinya di Pasir Mas, Kelantan. Di samping itu, Abg Ris menjual di kedai makan berhampiran Politeknik Kok Lanas. Isterinya yang mengusahakan. Abg Ris bekerja ala kadar dengan Politeknik tersebut. Abg Ris hanya mempunyai 3 orang anak perempuan. Dia juga mengambil 2 orang anak angkat. Seorang lelaki iaitu pelajar di situ dan seorang perempuan yang juga seorang pensyarah di situ juga.

Menurut cerita sejak Abg Ris berkerja di situ, dia selalu mengadu sakit kepala yang amat sangat. Dipendekkan cerita, dia dibawa ke hospital. Sebulan di hospital, pihak hospital tidak dapat mengesan penyakit yang dialaminya. Akhirnya, Kak Lah (isteri Abg Ris) bertekad membawa pulang ke rumah untuk berubat secara kampung pula. Ketika itu aku masih lagi dalam latihan di salah sebuah maktab perguruan. Entah kenapa satu hari hatiku berdegup kencang. Seperti gendang dipalu. Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembentangan yang akan dibuat di hadapan pensyarahku. Akupun tak tau kenapa... seharian aku tidak dapat duduk diam, seperti ada sesuatu yang menarik2 hatiku. Selepas isyak, ak menelefon ke kampung. Panggilanku disahut oleh kakakku dan aku terkejut apabila diberitahu bahawa mak membawa Abg Ris berubat di Kuala Lumpur. Menurut kakakku, Abg Ris cuma demam biasa sahaja. Tapi aku hairan kenapa demam biasa perlu dibawa berubat sampai ke KL.

Tiba cuti semester, aku balik ke kampung. Sebaik kakiku melangkah masuk ke rumah, mataku terpaku melihat Abg Ris yang tak bermaya..... lesu...cekung terbaring di atas tilam. Ya Allah... apa yang berlaku sebenarnya. "siapa tu..." perkatan yang terkeluar dari mulut Abg Ris. Rupa2nya penglihatan Abg Ris sudah kabur.... dia tidak dapat mengenaliku lagi.... Hatiku hairan melihat keadaanya yang jauh dari sebelumnya.

Aku bertanya kepada Kak Lah apa yang berlaku. Kak Lah menceritakan bahawa keadaan Abg Ris semakin hari semakin tenat. Selepas berubat di Kuala Lumpur, dia telah muntah darah, dan penglihatannya menjadi kabur. Begitu juga dengan anaknya yang sulung dan anak angkat perempuannya. Turut menerima tempias, walaupun tidak sehebat Abg Ris. Menurut Kak Lah lagi, Ketiga-tiganya terkena buatan orang. Kata bomoh "santau angin". Si pembuat itu iri hati dengan anak angkatnya kerana cintanya tidak berbalas. Tapi yang menjadi mangsa Abg Ris. Dialah yang paling teruk. Selama cuti semester 2 minggu, hanya aku dan Kak Lah yang menjaga Abg Ris. Dimandi, dibedak, disikat, dipakai baju tak ubah seperti bayi. Selera makan makin berkurang. Langsung tidak boleh makan makanan yan keras. Sedih aku tengok keadaaan Abg Ris. Kedua anaknya alhamdulillah sembuh selepas dimandikan air limau oleh bomoh. Meraung anak angkatnya kerana jarum peniti keluar dari badannya....

Semakin hari semakin tenat keadaan Abg Ris. Berubat secara moden sudah.... berubat secara kampung pun sudah....langsung tiada perubahan. Bahkan semakin teruk. Badanya mati sebelah kiri. Sebelah kiri sejuk seperti ikan didalam ais....sebelah kanan panas. Ada ketika dia nazak... perut membuncit bersinar. Panas.... disapu bedak sejuk, sekejap kening dek kepanasan. Abg Ris meracau seperti orang sasau. Menagis kami sekeluarga. Tambahan lagi ibuku yang tak kering air mata melihat keadaan Abg Ris. Rata-rata bomoh memberitah bahawa memang terkena buatan orang. Salah seorang darinya ada memberitahu bahawa si pembuat itu memang berhajat untuk mengkhianati sampai ke hujung nyawa. Sampai habis wang ringgitpun tidak akan sembuh. Sedih kami mendengarnya.

Dipendekkan lagi cerita, akhirnya Abg Ris dibawa semula ke HUSM Kubang Kerian. Sebagai jalan akhir apabila keadaannya semakin teruk. Hanya tinggal kulit yang melekat di tulang. Mata seperti buta. Sekali sekala kedengaran Abg Ris diajar mengucap. Tiba di hospital dia dibawa ke unit ICU. Setelah dimasukan air dan darah keadaannya menjadi stabil. AKu dah Kak Lah yang menjaga sepanjang hari di hospital. Bergilir2 kami tidur. Keesokan harinya.... tiba2 muncul anak angkatnya untuk bertemu dengan Abg Ris. Keadaan Abg Ris terus berubah. Daripada tenang menjadi lebih agresif. Tangan yang diikat di katil disentap dengan kuat. Meronta2 untuk pulang ke rumah. Seperti kena rasuk..... Ya Allah.... apa yang berlaku ni. Tiba-tiba Kak Lah teringat pesanan bomoh supaya Abg Ris tidak boleh berjumpa dengan anak angkatnya itu. Jika bertemu keadaan boleh menjadi parah. Dengan secara baik, aku memberitahu kepada anak angkatnya supaya pulang. Mungkin kerana terlalu sedih dengan apa yang berlalu, anak angkatnya itu menghilangkan diri sehingga sekarang tidak muncul2.

Di hospital, Abg Ris semakin parah...Doktor terpaksa memberikan ubat penenang untuk mengawal keadaan. Aku melihat ada seorang anak muda dihujung wad. Dia sedang menunggu rakannya yang kemalangan. Sekali sekala di menjeling ke arahku... Tiba2 dia datang ke arahku dan bertanyakan siapa Abg Ris sebenarnya. Aku memberitahu bahawa dia adalah abg kandungku. Tanpa rasa segan, dia memberitahu bahawa Abg Ris bukan sakit biasa. Ada benda yang menumpang tubuhnya. Berdiri bulu romaku mendengarnya. Anak muda itu orang Kedah. Datuknya merupakan seorang bomoh yang terkenal juga. Sebab itu dia dapat merasakan. Tapi, dia tidak boleh berubat. Tiap kali dia melintas di kawasan katil Abg Ris, bulu tengkuknya meremang.... Aku bertanya apa yang patut dibuat. Dia hanya menyuruh membaca yaasin sebagai ikhtiar akhir.

Keadaan Abg Ris Semakin teruk. Lidah semakin pendek. Makan langsung tidak boleh. Hanya bergantung kepada air yang dimasukkan melalui badan. Pertama kali dalam hidupku, aku melihat Abg Ris meronta2 kesakitan apabila doktor mengambil sampel darah di leher hadapan, bawah dagu. Dengan picagari yang besar aku dapat merasakan kasakitan yang amat sangat. Tiga orang jururawat memegangnya. Aku berlari keluar kerana tidak tahan mendengar raungan kesakitan. Tubuhku menggigil....Aku berdoa supaya Allah cepat mengambil nyawa Abg Ris kerana tidak tahan melihat kesakitan yang dialaminya. Sejak itu keadaan Abg Ris semakin lemah. Dia merapu yang bukan2.

Aku melelapkan mata diluar koridor. Tidak kira hujan.... aku tidur juga kerana keletihan. Tiba2 aku dikejutkan oleh Kak Lah yang meberitahu bahawa Abg Ris nak jatuh dari katil. Aku cepat2 bangun mendapatkan Abg Ris. Dia menggelepar kesakitan di dalam perut. Waktu itu selepas azan subuh. Aku mendapatkan jururawat. Pukul 8 pagi baru doktor masuk. Abg Ris dah menggelepar dari subuh lagi. Ketika itu Abg Ris sudah tenang. Tak bergerak.... Doktor memberitahu keadaan Abg Ris sudah Kritikal. Doktor tidak dapat berbuat apa2 lagi.... Ketika itu aku lihat muka Abg Ris kebiruan sampai ke leher. Kemudia merebak ke seluruh tubuh... Menurut doktor, saluran dara kepalanya telah pecah. Doktor mengarahanku untuk menghubungi keluarga untuk kali terakhir. Ketika itu aku tahu bahawa Abg Ris sedang menanti maut. Aku terus menghubungi Mak untuk segera datang. Aku mengambil wuduk dan duduk di bahagian kepala Abg Ris membacakan Yaasin. Sesekali aku mengajar Abg Ris mengucap. Air mataku menitis..... keluargaku telah berkumpul di sekeliling katil Abg Ris. Akhirnya Abg Ris menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah selesai azan zohor. Jenazah di bawa ke kampung dan dikebumikan selepas solat asar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abg Ris.... Buat pembaca, basahlah lidahmu dengan sedekahkah al-fatihah untuk allahyarham... Amin......

No comments: