Thursday, October 30, 2008
"CINTA BATU BELAH" MERUNTUM JIWA...
Drama terbaru mengisi slot Lagenda TV3 ‘Cinta Batu Belah’ diadaptasi
dari hikayat lagenda, Batu Belah Batu Bertangkup. Ia menampilkan
barisan pelakon seperti Elly Mazlein (Safiya), Shahrul Kamaludin
(Sufian), Amyza Adnan (Kamariah), Mak Ungku (Naemah), Fezrul Khan (Dr.
Azmi), Wan Elyas (Firkan) Linda Hashim (Natrah), adik Farhana Kisnina
dan adik Haikal.
‘Cinta Batu Belah’ bermula dengan pertemuan antara Safiya dan Sufian
yang menerbitkan bibit percintaan yang mendapat tentangan keluarga
apabila Naemah, ibu Safiyyah, mula memasang angan-angan hendak
menjodohkan Safiyyah dengan Nik Hisyam. Namun, Safiyyah nekad untuk
membelakangkan keluarganya dan menikahi Sufian walaupun natijahnya dia
dibuang keluarga.
Berazam untuk memulakan hidup baru, Safiya tinggal bersama Sufian dan
ibu mertuanya yang sudah uzur di sebuah rumah kecil yang disewa. Sufian
bekerja keras menyara keluarga mereka sementara Safiya terpaksa menjaga
ibu mertuanya yang semakin tenat. Kehadiran cahaya mata pertama mereka,
Natrah, menyerikan rumahtangga mereka. Namun, badai mula melanda
apabila Sufian bertemu kembali dengan Kamariah, rakan sekampung yang
pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan membangkitkan perasaan
cemburu di hati Safiah.
Ketika sedang mengandungkan anaknya yang kedua,
Safiya mengidamkan daging rusa dan demi memenuhi permintaan isterinya
itu, Sufian pergi ke hutan untuk memburu rusa. Malangnya, kemalangan
telah berlaku dan menyebabkan Sufian terkorban. Tertekan dengan tragedi
yang menimpa hidupnya, Safiya cuba untuk kembali berbaik dengan Naemah
namun ibunya tetap tidak mahu menerima mereka anak-beranak. Terpaksalah
Safiya mengharungi pelbagai derita dan tohmahan demi menyara kedua
anak-anaknya yang masih kecil itu.
Suatu hari, Safiya membeli sate daging rusa yang
telah ditempah seminggu awal. Dia membawa pulang sate daging rusa
tersebut dan menyuruh Natrah menyimpan secucuk untuknya sementara dia
pergi bersolat. Selesai bersolat, dia dikejutkan oleh jiran dengan
keadaan Opah Uteh yang sesak nafas. Dalam keadaan tergesa-gesa Safiyah
meninggalkan rumah dan sempat berpesan kepada anak-anaknya untuk tidak
menghabiskan makanan tersebut. Sekembalinya di rumah, Safiya terduduk
lesu apabila dikhabarkan oleh Natrah bahawa Fikran begitu tamak
menghabiskan semua sate daging rusa tersebut walaupun telah ditegah.
Sayu mengenangkan sikap anak-anaknya, Safiya terus merajuk dan keluar
dari rumah.
Kisah menyayat hati dan penuh dengan pengajaran ini
berterusan dengan babak-babak yang meruntun perasaan seterusnya.
Kemuncaknya di mana Safiya akhirnya telah tergelincir dan jatuh ke
dalam lombong. Maka tinggallah dua beradik ini dengan penyesalan di
atas sikap mereka sehingga menyebabkan ibu yang dicintai terkorban.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah menjadi yatim piatu dan sebatang
kara tiada tempat untuk bergantung? Mahukan nenek mereka, Naemah
memelihara mereka atau masih adakah insan lain yang sanggup
menghulurkan pertolongan kepada dua adik beradik malang ini?
Saksikan ‘Cinta Batu Belah’ setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang dan jam 8.30 malam di TV9.
KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Wallahualam
PAHALA MEMBACANYA
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Wednesday, October 29, 2008
DOA PARA RASUL UNTUK ANAK-ANAK
1) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan keturunannya :
(( ربي اجعلنى مقيم الصلاة ومن زريتى ربنا وتقبل دعاء ))
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang, juga keturunanku, wahai Tuhan kami, terimalah permohonan ini”(Ibrahim:40)
2) Doa Nabi Ibrahim untuk dirinya dan Puteranya :
(( ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لك ))
“Wahai Tuhan kami,jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri(patuh) kepadaMu,dan jadikanlah antara keturunan kami umat yang mematuhiMu” (Al-Baqarah :128)
3) Doa Nabi Zakariya bila memperoleh cahaya matanya Yahya :
(( واجعله رب رضيا ))
“Dan jadikanlah dia, wahai Tuhanku, seorang yang diredhai (Engkau)”(Maryam:6)
4) Doa Nabi Zakariya untuk Keturunannya :
(( رب هبلى من لدنك ذرية طيبة إنك سميع الدعاء ))
“Wahai Tuhanku,kurniakanlah bagiku drpd sisiMu suatu keturunan yang baik-bertaqwa,ssgghnya Engkau amat mendengar permohonan ini” (Ali-Imran:38)
Wednesday, October 22, 2008
TEKA-TEKI LAWAK.....
jwpn:kura-kura... ala tu pun tak tahu... keluar HEAD..tak paham jugak.ala kepala le..
dlm banyak2 binatang... binatang apa yang bertelur dan beranak... kira 2 alam la niii..ha jwp2... siput babilaaaa... ye la siput bertelur babi beranak...
kalau anda ni semuanya pandaiii cuba teka,banyak2 sungai,sungai apa yang paling berat
jawapannyer ialah Sungai Besi...
dalam banyak2 pokok,pokok apa yang baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
ni ada satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin?
huruf TA dan YA laa... .kan jadi TAYAR tu..
kasut apa yang paling keras?
kasut batu... salah maa..kasut BATA laaa...
antara huruf A hingga Z,banyak2 huruf tu,mana huruf yang boleh kawin..ahh sape dapat
jawapannyer ialah... huruf i ngan u lerr... heheheheee,nih antara pasangan bercinta lerr hehehe...
Tuesday, October 21, 2008
Belangsungkawa
(Meninggal pada 1992)
Apa yang aku ingin ceritakan di sini adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan dalam hidupku. Pengalaman yang mungkin jarang berlak kepada orang lain, dan hanya aku yang dapat merasainya....
Mungkin ramai tertanya siapakah lelaki dalam gambar di atas. Dia adalah abangku, anak yang ke-dua dalam adik beradik. Namanya Wan Hassan dan panggilan dalam kelarga Abang Ris. Dia (Abg Ris) adalah bekas askar dan berhenti awal untuk berniaga secara kecil-kecilan. Abg Ris seorang yang agak pendiam, jarang balik ke kampung, tak tau la kenapa. Tetapi aku rasa ada sesuatu yang terselindung. Walaubagaimanapun, antara aku dan dia boleh dikira rapat sedikit kerana tiap kali cuti persekolahan, aku akan menghabiskan masa cutiku di rumahnya di kuaters askar di kuantan. Maklumlah zaman persekolahan, itu jer cara aku menghabiskan cuti. Teringat ketika di rumahnya, banyak makanan segera yang khas untuk askar2 ni bawa bekalan. Aku ratah jer... jem, susu tepung, kari dan macam2 lagi.
Tiap kali ada masa Abg Ris bersama rakan2nya akan singgah di kampung semasa sesi latihan. Bersama kenderaan askar yang dibawa menyebabkan aku tertarik untuk meninjau kenderaan tersebut. Mungkin kerana bosan... dia meminta untuk berhenti awal. Abg Ris pulang bersama keluarganya ke kampung isterinya di Pasir Mas, Kelantan. Di samping itu, Abg Ris menjual di kedai makan berhampiran Politeknik Kok Lanas. Isterinya yang mengusahakan. Abg Ris bekerja ala kadar dengan Politeknik tersebut. Abg Ris hanya mempunyai 3 orang anak perempuan. Dia juga mengambil 2 orang anak angkat. Seorang lelaki iaitu pelajar di situ dan seorang perempuan yang juga seorang pensyarah di situ juga.
Menurut cerita sejak Abg Ris berkerja di situ, dia selalu mengadu sakit kepala yang amat sangat. Dipendekkan cerita, dia dibawa ke hospital. Sebulan di hospital, pihak hospital tidak dapat mengesan penyakit yang dialaminya. Akhirnya, Kak Lah (isteri Abg Ris) bertekad membawa pulang ke rumah untuk berubat secara kampung pula. Ketika itu aku masih lagi dalam latihan di salah sebuah maktab perguruan. Entah kenapa satu hari hatiku berdegup kencang. Seperti gendang dipalu. Aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembentangan yang akan dibuat di hadapan pensyarahku. Akupun tak tau kenapa... seharian aku tidak dapat duduk diam, seperti ada sesuatu yang menarik2 hatiku. Selepas isyak, ak menelefon ke kampung. Panggilanku disahut oleh kakakku dan aku terkejut apabila diberitahu bahawa mak membawa Abg Ris berubat di Kuala Lumpur. Menurut kakakku, Abg Ris cuma demam biasa sahaja. Tapi aku hairan kenapa demam biasa perlu dibawa berubat sampai ke KL.
Tiba cuti semester, aku balik ke kampung. Sebaik kakiku melangkah masuk ke rumah, mataku terpaku melihat Abg Ris yang tak bermaya..... lesu...cekung terbaring di atas tilam. Ya Allah... apa yang berlaku sebenarnya. "siapa tu..." perkatan yang terkeluar dari mulut Abg Ris. Rupa2nya penglihatan Abg Ris sudah kabur.... dia tidak dapat mengenaliku lagi.... Hatiku hairan melihat keadaanya yang jauh dari sebelumnya.
Aku bertanya kepada Kak Lah apa yang berlaku. Kak Lah menceritakan bahawa keadaan Abg Ris semakin hari semakin tenat. Selepas berubat di Kuala Lumpur, dia telah muntah darah, dan penglihatannya menjadi kabur. Begitu juga dengan anaknya yang sulung dan anak angkat perempuannya. Turut menerima tempias, walaupun tidak sehebat Abg Ris. Menurut Kak Lah lagi, Ketiga-tiganya terkena buatan orang. Kata bomoh "santau angin". Si pembuat itu iri hati dengan anak angkatnya kerana cintanya tidak berbalas. Tapi yang menjadi mangsa Abg Ris. Dialah yang paling teruk. Selama cuti semester 2 minggu, hanya aku dan Kak Lah yang menjaga Abg Ris. Dimandi, dibedak, disikat, dipakai baju tak ubah seperti bayi. Selera makan makin berkurang. Langsung tidak boleh makan makanan yan keras. Sedih aku tengok keadaaan Abg Ris. Kedua anaknya alhamdulillah sembuh selepas dimandikan air limau oleh bomoh. Meraung anak angkatnya kerana jarum peniti keluar dari badannya....
Semakin hari semakin tenat keadaan Abg Ris. Berubat secara moden sudah.... berubat secara kampung pun sudah....langsung tiada perubahan. Bahkan semakin teruk. Badanya mati sebelah kiri. Sebelah kiri sejuk seperti ikan didalam ais....sebelah kanan panas. Ada ketika dia nazak... perut membuncit bersinar. Panas.... disapu bedak sejuk, sekejap kening dek kepanasan. Abg Ris meracau seperti orang sasau. Menagis kami sekeluarga. Tambahan lagi ibuku yang tak kering air mata melihat keadaan Abg Ris. Rata-rata bomoh memberitah bahawa memang terkena buatan orang. Salah seorang darinya ada memberitahu bahawa si pembuat itu memang berhajat untuk mengkhianati sampai ke hujung nyawa. Sampai habis wang ringgitpun tidak akan sembuh. Sedih kami mendengarnya.
Dipendekkan lagi cerita, akhirnya Abg Ris dibawa semula ke HUSM Kubang Kerian. Sebagai jalan akhir apabila keadaannya semakin teruk. Hanya tinggal kulit yang melekat di tulang. Mata seperti buta. Sekali sekala kedengaran Abg Ris diajar mengucap. Tiba di hospital dia dibawa ke unit ICU. Setelah dimasukan air dan darah keadaannya menjadi stabil. AKu dah Kak Lah yang menjaga sepanjang hari di hospital. Bergilir2 kami tidur. Keesokan harinya.... tiba2 muncul anak angkatnya untuk bertemu dengan Abg Ris. Keadaan Abg Ris terus berubah. Daripada tenang menjadi lebih agresif. Tangan yang diikat di katil disentap dengan kuat. Meronta2 untuk pulang ke rumah. Seperti kena rasuk..... Ya Allah.... apa yang berlaku ni. Tiba-tiba Kak Lah teringat pesanan bomoh supaya Abg Ris tidak boleh berjumpa dengan anak angkatnya itu. Jika bertemu keadaan boleh menjadi parah. Dengan secara baik, aku memberitahu kepada anak angkatnya supaya pulang. Mungkin kerana terlalu sedih dengan apa yang berlalu, anak angkatnya itu menghilangkan diri sehingga sekarang tidak muncul2.
Di hospital, Abg Ris semakin parah...Doktor terpaksa memberikan ubat penenang untuk mengawal keadaan. Aku melihat ada seorang anak muda dihujung wad. Dia sedang menunggu rakannya yang kemalangan. Sekali sekala di menjeling ke arahku... Tiba2 dia datang ke arahku dan bertanyakan siapa Abg Ris sebenarnya. Aku memberitahu bahawa dia adalah abg kandungku. Tanpa rasa segan, dia memberitahu bahawa Abg Ris bukan sakit biasa. Ada benda yang menumpang tubuhnya. Berdiri bulu romaku mendengarnya. Anak muda itu orang Kedah. Datuknya merupakan seorang bomoh yang terkenal juga. Sebab itu dia dapat merasakan. Tapi, dia tidak boleh berubat. Tiap kali dia melintas di kawasan katil Abg Ris, bulu tengkuknya meremang.... Aku bertanya apa yang patut dibuat. Dia hanya menyuruh membaca yaasin sebagai ikhtiar akhir.
Keadaan Abg Ris Semakin teruk. Lidah semakin pendek. Makan langsung tidak boleh. Hanya bergantung kepada air yang dimasukkan melalui badan. Pertama kali dalam hidupku, aku melihat Abg Ris meronta2 kesakitan apabila doktor mengambil sampel darah di leher hadapan, bawah dagu. Dengan picagari yang besar aku dapat merasakan kasakitan yang amat sangat. Tiga orang jururawat memegangnya. Aku berlari keluar kerana tidak tahan mendengar raungan kesakitan. Tubuhku menggigil....Aku berdoa supaya Allah cepat mengambil nyawa Abg Ris kerana tidak tahan melihat kesakitan yang dialaminya. Sejak itu keadaan Abg Ris semakin lemah. Dia merapu yang bukan2.
Aku melelapkan mata diluar koridor. Tidak kira hujan.... aku tidur juga kerana keletihan. Tiba2 aku dikejutkan oleh Kak Lah yang meberitahu bahawa Abg Ris nak jatuh dari katil. Aku cepat2 bangun mendapatkan Abg Ris. Dia menggelepar kesakitan di dalam perut. Waktu itu selepas azan subuh. Aku mendapatkan jururawat. Pukul 8 pagi baru doktor masuk. Abg Ris dah menggelepar dari subuh lagi. Ketika itu Abg Ris sudah tenang. Tak bergerak.... Doktor memberitahu keadaan Abg Ris sudah Kritikal. Doktor tidak dapat berbuat apa2 lagi.... Ketika itu aku lihat muka Abg Ris kebiruan sampai ke leher. Kemudia merebak ke seluruh tubuh... Menurut doktor, saluran dara kepalanya telah pecah. Doktor mengarahanku untuk menghubungi keluarga untuk kali terakhir. Ketika itu aku tahu bahawa Abg Ris sedang menanti maut. Aku terus menghubungi Mak untuk segera datang. Aku mengambil wuduk dan duduk di bahagian kepala Abg Ris membacakan Yaasin. Sesekali aku mengajar Abg Ris mengucap. Air mataku menitis..... keluargaku telah berkumpul di sekeliling katil Abg Ris. Akhirnya Abg Ris menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah selesai azan zohor. Jenazah di bawa ke kampung dan dikebumikan selepas solat asar. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abg Ris.... Buat pembaca, basahlah lidahmu dengan sedekahkah al-fatihah untuk allahyarham... Amin......
Sunday, October 12, 2008
Penat........ Macam2 Hal.... Sabor jer la......
Banyak tul kerja last2 ni...... penat.... kesian ngan "abe long", kena cirit birit muntah-muntah. Dua hari kena sampai keletihan. Mana taknyer... siang malam kuar atas bawah. Bawa pegi klinik makan ubat tak menjadi. Last2 Khamis lepas bawa ke hospital besar untuk rawatan lanjut. Kat sana kena plak masuk wad.....Aduh!!.... kerja berlambak. Nak taknak anak lebih utama... semua kerja kena kensel..... Doktor masukkan air 2 botol selama 2 hari Khamis dan petang jumaat dibenarkan keluar. Alhamdulillah petang khamis tu nampak ok skit. Aku pun ambil keputusan ke Shah Alam sebab ada urusan dengan pihak Uitm. Pada awalnya ingat nak kansel jer....tapi bila nampak anak dah ok skit, pegi la jugak.
Pagi Jumaat sampai kat Shah Alam, member aku jemput bawa pegi umah dia. Pagi tu aku tido jer sebab keletihan. Maklumlah dah 3 malam tak tido lena. Kul 10 aku telefon prof. untuk buat temujanji pada pukul 3 ptg di Uitm. Kul 2 aku bertolak ke sana dengan member aku tu. Selesai kerja kul 5 aku bertolak pula ke hospital PPUM, ingat nak balik terus jer malam tu. Tapi terperangkap plak dalam kesesakan lalu litas sepanjang jalan dari Shah Alam menuju ke KL. Boring tu... dah la hujan lebat giler.... sampai di hospital pukul 7 mlm. Sempat la tengok keadaan cucu sedara aku tu yang sakit kanser. Umo baru 2 tahun lebih. Kesian... rasa nak menitis air mata tengok keadaan budak yang tak tau apa2. Jauh berbeza daripada Alisa yang dahulu.... Kami sekeluarga mendoakan agar keajaiban berlaku. Insya-Allah Alisa akan cepat sembuh... Dapat berjalan seperti biasa, berlari macam sepupu2 Alisa yang lain. Tahun ni Alisa tak balik beraya kat kampung..... nantu dah sembuh boleh la balik k.....
Wednesday, October 8, 2008
Bosannnnnnnnn..................
Tuesday, October 7, 2008
MERIAH HARI RAYA.....
Tahun ni rayer bersama keluarga sama jugak macam tahun2 lepas. Takder apa yang special.. cuma anak2 makin membesar dan tahu erti rayer... Abe Long pun dah pandai nyanyi lagu raya, main bunga api. Tema warna tahun ni merah.... mcm dalam gambar tu.... ok tak? risau gak sebab baju anak last minit siap. Pagi raya tukang jahit pergi hantar ke rumah. Geram gak.... hantar kedai dah dekat 2 bulan tak siap jugak....nasib baik pagi2 rayer siap, dapat gak anak2 pakai sedondong dengan ayah dan mama dia. Cuma yang geram, payah tul dua orang askar ni nak bergambar. Satu pun tak menjadi.. berpeluh2 dibuatnya... ni jer gambo yang ada.... apapun seronok gak beraya setahun sekali ni.... jumpa sanak saudara. Tahun ni kurang sikit berjalan sebab masa singkat. Raya ke-5 dah mula kejer....hampeh tul..