Thursday, August 30, 2007

Izz-Rafiq oh Izz-Rafiq


Hari ni umo Rafiq (abe long) dah menjangkau 1 tahun 5 bulan. Anak pertama aku yang sentiasa mencuit hati ayah dan mama. Telatahnya yang periang menyebabkan dia suka didampingi oleh ramai orang. Tak sia-sia aku kasi nama Izz (kekuatan) & Rafiq (pendamping) memang kuat dan senang didampingi dengan elatahnya yang bersahaja dan mencuit hati. Malam ini hujan lebat, aku membawa Rafiq untuk menyambut ambang kemerdekaan dengan staf di sekolah. Tapi terpaksa pulang awal kerana Rafiq dah mengantuk. Aku pun malas nak tunggu detik 12 malam dan melaungkan MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Doa ayah dan mama semoga Rafiq sentiasa beroleh kesejahteraan dan dimurahkan rezeki sentiasa... Nakal takper, kerana kata orang anak yang nakal ni cerdik. Aminnnnn.... Nanti besar belajar rajin2 tau!!! Ayah sentiasa disamping Abe Long dan tak lama lagi Raziq pula akan ikut jejak langkah Abe Long. Sedar tak sedar ketika ini umo Raziq dan sebulan lebih. Uiks.... dah ada adik rupanya Abe Long ni..... Jgn nakal dengan adik k. Ayah & Mama sayang kamu berdua..

No comments: