Friday, August 31, 2007

Ahlan Ya Ramadhan...


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Thursday, August 30, 2007

Izz-Rafiq oh Izz-Rafiq


Hari ni umo Rafiq (abe long) dah menjangkau 1 tahun 5 bulan. Anak pertama aku yang sentiasa mencuit hati ayah dan mama. Telatahnya yang periang menyebabkan dia suka didampingi oleh ramai orang. Tak sia-sia aku kasi nama Izz (kekuatan) & Rafiq (pendamping) memang kuat dan senang didampingi dengan elatahnya yang bersahaja dan mencuit hati. Malam ini hujan lebat, aku membawa Rafiq untuk menyambut ambang kemerdekaan dengan staf di sekolah. Tapi terpaksa pulang awal kerana Rafiq dah mengantuk. Aku pun malas nak tunggu detik 12 malam dan melaungkan MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!
Doa ayah dan mama semoga Rafiq sentiasa beroleh kesejahteraan dan dimurahkan rezeki sentiasa... Nakal takper, kerana kata orang anak yang nakal ni cerdik. Aminnnnn.... Nanti besar belajar rajin2 tau!!! Ayah sentiasa disamping Abe Long dan tak lama lagi Raziq pula akan ikut jejak langkah Abe Long. Sedar tak sedar ketika ini umo Raziq dan sebulan lebih. Uiks.... dah ada adik rupanya Abe Long ni..... Jgn nakal dengan adik k. Ayah & Mama sayang kamu berdua..

Redang Island


Wah.... sampai jugok ambo ke Pulau Redang ni.. Best la Pulau Redang ni. Dapat berenang2 sambil bagi make ko ike, betapa besar sungguh kuasa Tuhan... Terpaku sejenak... Kalau ada peluang sero nok gi lagi la.... Nanti la kalu ado rezeki anok2 nok bowok gi cuti2 malaysia kat sano. Mitok2 la cepat kayo.... Amin...... Ya Rabbal 'Alamin......

Cahaya Mataku...


Syukur alhamdulillah... dapat lagi sore anok jate.... hehe... best jugak jadi ayoh ore ni...tengok gelagat anok2 ni bahagia sungguh.. Mintak2 anok2 ayoh ni jadi ore yang berguna kepada mama dan ayah, kepada keluarga, kepada masyarakat dan kepada negara. InsyaAllah...
Dah duo ore doh anok ambo, umo pun makin meningkat. Sero koho tuo doh la... Tahun depan tamboh sore lagi kut... hehe... tengok keadaanlah dulu... mitok2 tuhan memberkati keluarga ambo menjadi keluarga bahagia di dunio dan akhirat. Aminnnnnn......... (tengok tu...abe long cium adik) Izz-Rafiq & Izz-Raziq....

Wednesday, August 29, 2007

Malaysiaku Gemilang


Genap 50 tahun merdeka... tapi dari hari ke hari mace2 hal aku tgk. Di sekoloh pung budok2 lo ni makin menjadi2 pe'el dio. Hok jate ko...hok tino ko...samo jah. Takdok langsung raso hormat ko cikgu nih. Meme napok la perbezaan dari satahun ko setahun. Mano silap? sapo saloh? Cikgu? Mok Pok?..... samo2 pikir deh... Hari ni sambutan kemerdekaan bermula. Kembara Merdeka dianjurkan. Budok2 hepi semacam jah. Tapi adakah mereko pehe erti kemerdekaan sebenar? Gatung dero penuh basikal.... dalam kumpulan pun ado hok ile dero...ile baju... dero hok dok di kelas pun ile jugok.. ado lagi hok tok reti merdeka. Nok merdeka...tapi curi dero ore lain.. huhuhuhu... guano gamok?
Cikgu dan Cikgi doh sedayo upayo doh buat. Tapi budok2 lo ni lain mace.. sepatoh cikgu kato, 10 patoh dia jawab. Sekali cikgu jerekoh, dio jerekoh balik ko cikgu. Silap ari bule, keto cikgu keno koreng... jadi cikgu toleh wak gapo2 doh. Masuk pulok mok pok hok belo anok2. Haru biru la..... Ambang 31 keno sambut. Tapi anok2 mudo dok suko2 mace2 hal...ado hok merempit tengoh jale... ado hok monggek... ado hok tepik histeria tengoh2 male... lagu tu ko sambut merdeka... pening la palo kawe mikir hal budok2 loni. Tok tau la 10 tahun lagi guano... rami jugok anok2 daro hok ile daro zame budok2 ni... sepatutnya kementerian pelajaran menyediakan alat khas boleh kesan daro budok2 ni...baru pade muko! sosial budok2 lo ni teruk sampai tahap cipan bak kato ore kl la..... kawe sebut jah.. hehe... tapi gitu lah nok oyat nyo.... samo2 la kito pikir lagu mano nok bantu masyarakat kito ni. Jange wi hanyut ikut arus pemodenan.. jange dok saloh ko cikgu sangat la... hanya cikgu jah hok bulih raso. Ore lain hanyo tengok dan mengutuk. Acu dok tempat cikgu....huhuhuhuh...ramai lah hok sakit jiwo.... bye bye...sambung mula la deh.....

Tuesday, August 28, 2007

Huhuhu.... akulah aku!

Aku lah aku... ore kato aku ni mace2... tapi bagi aku, aku tetap aku. Ko guano gu... aku kekadang rasa hepi gak sebab lahir dalam keluarga yang besar. Maklumlah 12 org adik beradik semuanya. Tapi kekadang tak hepi gak sebab ada ketika dok ralit baloh. Biasa lah... dah ramai. Dalam setandan kelapa tu payoh nok cari hok molek belako. Ado la sutir duo tu nyo komeng. hehe...

Harum Ikhlas...

Buat pertama kali aku membuka laman ini untuk berkongsi kisah suka duka yang aku alami dalam hidupku. Pengalaman mengajar aku erti hidup...