Saturday, August 27, 2011

Zakat Fitrah



Alhamdulillah.... selesai bayar zakat fitrah untuk tahun ni setelah asyik tertangguh... bukan apa takut terlupa dan kalau boleh nak elakkan dari bayar akhir2 ramadhan.

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Menurut jumhur ulama, zakat fitrah mesti dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri. Jadi di Malaysia, zakat fitrah dibayar dalam bentuk beras.

Apakah zakat fitrah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
Menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan. Manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).

Biasanya amil atau pusat pungutan zakat menerima bayaran zakat fitrah dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada yang berhak dalam bentuk beras.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. (HR al-Bukhari)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. (HR Abu Daud)

Sumber dari : lenggangkangkung-my.blogspot.com


Thursday, August 18, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011

Salam aidilfitri diucapkan kepada semua.... sajer nak ucap awal sbb belakangan ini sibuk, xder masa nak update blog.... kepada kenalan dan pembaca mohon maaf sekiranya ada salah dan silap dari kami sekeluarga.



Wednesday, August 3, 2011

Hari ke-3 ramadhan... berjauhan dari keluarga...

Dah masuk hari ke-3 berada di bulan ramadhan. Sayu jer hati bila terpaksa bejauhan dengan keluarga di bulan mulia. Tahun ini merupakan tahun ke-3 juga aku berpuasa jauh dengan keluarga aku. Tahun2 lepas, walaupun berjauhan, namun ada juga masa berpuasa dan berbuka dengan anak2. Dengan riuh-rendah suara berkelahi, tak terasa sangat masa berlalu.

Tahun ni, sekali lagi aku menghitung hari untuk balik. Tambahan bulan mulia ni, terasa nak berbuka bersama keurga, makan masakan keluarga, terawikh di kg halaman. Memasang pelita dan lampu kelip2... merasai suasana di bulan ramadhan dengan keluarga tercinta. Tapi, tahun ini terpaksa berjauhan lagi.. Bila la aku dapat kembali normal seperti org lain...

Petang ni belum pikir lagi tentang juadah untuk berbuka. Kalau biasa, sibuk mencari bahan2 untuk dibuat lauk. Paling tidakpun, berbuka dengan lauk masakan mertua. Petang2 keluar ke pasar ramadhan. Bukan nak membeli lauk, tapi mencuci mata dengan pelbagai masakan yang ada. Nak kata terliur dengan masakan yang dijual... masakan isteri lagi best. Terjamin kebersihan. Sementara menunggu azan, melilau la kat pasar ramadhan dengan anak2. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, agar aku dapat kembali semula kepangkuan keluarga. Tak sanggup hidup berjauhan.... Semoga bulan mulia ini hajatku akan dimakbulkan.... teringin nak makan kuih qasidah...

Kuih qasidah....

Onde-onde