Thursday, August 6, 2009
Kesian Alisa.....
Petang tadi aku pergi ke PPUM untuk menjenguk Lisa yang baru selesai pembedahan di bahagian kepala buat kali ke-3. Sedih tengok keadaan kanak2 yang berusia 3th lebih telah mengalami penyakit yang berbahaya...penyakit yang boleh membawa maut...Kanser otak..Subhanallah... dengan berkat kuasa Ilahi Lisa masih lagi bernyawa sehingga ke hari ini. Semoga pembedahan ini adalah pembedahan kali terakhir untuknya...semoga Lisa akan sembuh sempena menyambut bulan Ramadhan tak lama lagi...sama2 kita doakan... Kesian kedua ibu bapa Lisa terpaksa berulang alik ke hospital. Hospital dah jadi rumah kedua untuk mereka...kekadang terpaksa ambil cuti kerana menjaga anak. Rasa nak menitis air mata melihat penderitaan yang dialami oleh Alisa...yang tidak tahu apa2... terpaksa ikut apa yang dilakukan oleh doktor....Nasib baik ada nenek dan atuk yang sentiasa menemani di sisi.... semoga tabah menghadapi ujian....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tersangkut lak kat sini...huhuhu
Post a Comment