Thursday, July 9, 2009

Pada Syurga Di Wajah Mu


Dalam diam tak diam dah dekat 5 tahun aku mendirikan rumahtangga...dan dalam tempoh tersebut pelbagai dugaan asam garam berumahtangga telah aku rasai. Betul kata orang berkahwin ni mempunya tanggungjawab yang besar yang harus dipikul sebaik mungkin. Aku telah mencuba sedaya upayaku untuk menjadi seorang Suami, seorang Ayah yang sempurna... semoga rumahtangga yang kami bina kekal selamanya... Buat isteriku...hayatilah lirik lagu di bawah ni ek....jangan sedih2.... Besar pahala isteri tau......!!!!

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya Tuhan yang pasti
Mengerti...

No comments: