Saturday, July 30, 2011

Lelaki mohon tukar nama Aleesha Farhana meninggal dunia


KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Aleesya farhana Meninggal dunia akibat serangan jantung. Aleesya farhana atau nama sebenar Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas. Al-Fatihah.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

sumber: Berita Harian

Sunday, July 24, 2011

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik



Nasyid best sempena kedatangan Ramadhan. Dengarkan persembahan dari kumpulan Rabbani...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalaamu’alaikum...

Diam x diam dah hampir setahun kita berada pada tahun 2011. InsyaAllah, minggu depan kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Syukur kerana dipanjangkan lagi usia untuk bertemu dengan penghulu sekalian bulan.

“Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Selamat datang wahai bulan Ramadan! Bulan penuh berkah!”


Marhaban ya Ramadhan,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalankan Ibadah Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kali ini dengan sepenuhnya dan mencapai darjat yang sebenarnya. Sama2 kita panjatkan doa agar amalan kita kali ini diterima oleh Allah.

Sucikan hati dan jiwa kita semua agar sama2 mendapat mendapat rahmatnya.... Aminnn.......


Sunday, July 3, 2011

Quran Terkecil

Mlm ni nak citer pasal quran terkecil... sajer nak memenuhi ruangan blog aku ni. Citer quran terkecil ni pernah la aku terbaca beberapa kali kat akhbar. Mereka mengatakan yang mereka ada memiliki quran terkecil. Sebenarnya quran terkecil ni, akupun ada simpan gak satu naskhah. Tapi x pasti sama ada tulisan ayat2 suci yang terkandung di dalamnya itu betul atau tidak, kerana ayatnya terlalu kecil dan sukar dibaca dengan mata kasar. Tambahan pula ayatnya ditulis dengan tinta emas. Naskhah quran ini dibuat dalam bentuk "key chain" dan aku telah menyimpannya sejak aku dibangku sekolah rendah lagi. Ia dibeli oleh arwah ayah aku di Mekah.