Monday, January 24, 2011

Umpama mimpi dalam mimpi...

Gambar sekadar hiasan

Kata orang mimpi adalah mainan tido... kata orang juga mimpi membawa petanda... benarkah? tapi pengalaman yang aku alami, setiap kali aku ingin mendapat anak, aku akan bermimpi... mimpi ini berlaku sebelum isteriku disahkan mengandung lagi, tetapi mendapat alamat melalui mimpi. Bermula dengan sebelum isteriku mengandung anak sulong lagi, aku bermimpi memandikan seorang bayi... x lama selepas itu aku dapat tahu yang isteriku mengandung. Tapi... pada masa itu aku buat x kisah. Aku anggap biasa sahaja. Namun, ketika isteriku hendak mengandungkan anak kedua pulak aku bermimpi bermain dengan bayi. Bila aku tersedar dari tido, aku terfikir sejenak... "aku nak dapat anak lagi ker?", ternyata, tidak berapa lama isteriku mengandung lagi... alhamdulillah...

Selang lebih kurang 3 tahun, aku bermimpi lagi. Kali ini mimpi yang amat jelas... seorang lelaki berpakaian serba putih sedang mendokong bayi datang ke rumah ku. Bayi itu menangis... akupun melihat kepada bayi itu dan berkata... "comelnyer baby ni... bagi kat saya boleh x? saya nak bela dia...". Lelaki tersebut tanpa sepatahpun memberikan bayi itu kepada ku dan bayi itu terus berhenti menangis... Sekali lagi aku terfikir keadaan yang sama selepas bangun dari tido. Ternyata isteriku mengandung untuk kali ketiga. Namun kali ini rezeki tidak menyebelahi kerana isteriku keguguran ketika usia kandungan masih baru lagi. Takper lah... xder rezeki... Selepas hampir 2 tahun selepas peristiwa itu, aku bermimpi lagi. Kali ini aku bermimpi menjenguk anakku yang masih kecil di rumah pengasuh kerana rasa x sedap hati. Setelah ke rumah pengasuh, aku lihat 2 orang bayiku yang seakan sama usia sedang menangis... lantas aku membawa pulang bayiku dan memberi susu kepada mereka. Peliknya ada 2 bayi kali ini... dua2 menangis dan dua2 ketawa selepas minum susu... Mungkin mimpi2 yang aku alami ini adalah mainan tido, tapi kesemuanya membawa alamat yang tersendiri. Mungkin hanya kebetulan, ataupun mungkin kebenaran.

Tapi menurut ustaz Sharhan Shafie dari Zamdurrani yang selalu memberi ceramah kat TV3 tentang rawatan gangguan makhluk halus mengatakan bahawa, apabila kita bermimpi bermain dengan bayi... alamatnya kita dihampiri dengan makhluk halus yang cuba mengganggu kita... kena berhati2 dan berjaga2. Sekiranya kita bermimpi memberikan bayi susu, bermakna kita telah terkena gangguan makhluk halus.... Wallahu a'lam.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kalian, maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (Al-Fathir: 6)

Sunday, January 23, 2011

Rezeki 2011

Gambar hanya sekadar hiasan

Alhamdulillah... tahun 2011 ni bermula dengan berita gembira... pertama, insyaallah aku akan tamat pengajianku pada awal bulan Februari nanti dan insyaallah kalau ada rezeki kembali bertugas di tempat asal.... mudah2an xder apa2 aral lagi... Ya Allah, permudahkan segala urusan ku.... kedua pulak, bakal mendapat seorang lagi cahaya mata.... cahaya mata ketiga... alhamdulillah rezeki lagi.... selepas isteriku keguguran pada 2009, selepas penat berusaha akhirnya Allah kabulkan hajat kami. Mudah2an kali ini Allah kurniakan anak perempuan pula... dah 2 lelaki... minta2 Allah kabulkan doa kami untuk mendapat anak perempuan. Apapun itu adalah ketentuan Ilahi, cuma harap2 bayi yang lahir nanti sihat tubuh badan.... sempurna sifat.... cerdik... pintar... taat kepada ibu bapa & orang tua... & taat kepada agama... aminn... Ya Allah jauhkan segala perkara yang tidak diingini berlaku, dan selamatkan kandungan isteriku sehingga tiba saatnya nanti.

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh."

Pengertian Surah As-Saffat, ayat 100.

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011


Tup tap tup tap... dah masuk 2011. Selamat tinggal 2010. Pahit manis sepanjang th 2010 jadikan sebagai teladan untuk memperbaiki dengan lebih baik di th 2011. Yang berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang ni kita cuba hadapai dengan seribu kemungkinan. Apapun 2011 diharapkan membawa sinar kebahagian di dunia dan di akhirat. Ya Tuhanku... hamba bersyukur kepadaMU kerana diberi kesempatan untuk hidup di tahun baru... dan hamba memohon kepadaMU ya Allah... permudahkanlah segala perjalanan hidupku sepanjang 2011 dan berkatilah keluargaku ya Allah.