Tuesday, June 30, 2009
Penggambaran Filem....
Dalam masa beberapa minggu ni, tempat ni glamer la kejap... jd lokasi penggambaran filem. Ntah la filem apa agaknya....tapi pantai bukit keluang ni dah jadi kota lama.... 30hb Jun ni mula lah penggambaran diorang....kalau nak tgk pelakon2 yang terlibat datang la sini tgk sendiri...hehehe... sempat gak la amik pic tempat diorang berlakon tu.....
Saturday, June 27, 2009
Michael Jackson dalam kenangan
LOS ANGELES - Raja muzik Pop dunia Michael Jackson meninggal pada usia 50 tahun, semalam 25 Jun 09, demikian laporan jaringan TMZ dan Reuters. Jacko nama gelaran Michael Jackson dinyatakan meninggal akibat serangan jantung setelah tiba di hosital di Hospital UCLA Medical Center, Los Angeles (AS).
Salah seorang juru cakap dari keluarga Michael Jackson, Brian Oxman berkata kepada CNN, adik dan kakak Jackson, La Toya dan Jermaine berada di hospital ketika itu.
Jackson menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang pukul 12.30 waktu di sana. Paramedik segera menghantarnya ke hospital tetapi Jacko sudah meninggal dunia. Oleh kerana Michael Jackson sudah memeluk Islam, sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Jacko.
Michael Jackson memeluk Islam pada hujung tahun lalu dan menukar namanya ke Mikaeel.
Arwah Michael Jackson terkenal dengan evolusi wajahnya. Dari kulit hitam kepada seorang yang putih juga isu hangat mengenai pembedahan hidungnya.
Baby Baru Cik Na....
Thursday, June 25, 2009
Kecuaian atau Kesilapan?
Tak tau la nak ckp apa sesetengah pemandu ni...tempat yg tak sepatutnya berlaku kemalangan pun boleh berlaku kemalangan. Ni akibat kecuaian atau taknak ikut peraturan. Rasanya Trafic light kat Malaysia ni kena tukar warna lah agaknya..... Tgk ni....Kat trafic light pun boleh eksiden... ni bukan kat bandar yang sesak..kat kampung kawe jer ni....pelik tapi benar...... Agaknya pemandu ni buta warna, atau buta tuli, atau tertido kot...... apa pun harap2 pihak tertentu dapat amik tindakan sebab kat sini dah banyak kemalangan berlaku.... Jangan2....kat sini ada momok kot...atau jembalang simpang empattt......huhuhuu...hehehehehe...hahahahaha!!!!! mana la tau kan.....
Rmah Batu Di iran
Apa cerita reformasi di Iran? Rusuhan berlaku kerana tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya yang melihatkan Ahmadinejad menang.
Ada yang membuat analisis mengatakan pihak perusuh ialah dari kalangan anak muda yang sudah tidak tahan dengan pemerintahan cara Islam oleh Ahmadinejad. Mereka mahu kan kebebasan dan cara hidup barat macam negara-negara "Islam " yang lain.
Di bawah ini pula ialah antara rumah-rumah yang dibina dengan mengorek batu di Iran yang berusia 700 tahun. Ini baru real rumah batu .
Rupa tanpa wajah
Maha Suci Allah, MADIUN - Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto.
Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter.
Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.
Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya.
Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.
"Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," katanya.
Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit. - Agensi
Wednesday, June 24, 2009
Pantang Larang Makan
Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)