Tuesday, February 24, 2009
UiTM oh UiTM.....
Hari ini dah masuk minggu keenam kelas aku kat utim, penat juga berulang alik dari Terengganu ke kelas di Puncak Perdana. Tiap2 minggu kena balik...tak balik terasa rindu yg amat sangat kat anak2 dan isteri tercinta.... Tapi semoga Tuhan merestui setiap perjalananku, moga dirahmati setiap apa yang aku lakukan. InsyaAllah...
Sesekali terasa berpinar bijik mata aku menatap setiap helaian dalam BI...semua note, lecture dalam BI...puas aku membaca berulang kali untuk memahami. Ianya betul2 mengambil masa untuk memahami setiap perenggan yg aku baca. Alhamdulillah, berpinar pun...aku rasa penguasaan BI aku semakin meningkat sikit la.... Kekadang rasa boring timbul jugak..maklum la...berulang kali baca susah nak paham...tapi berkat doa aku kot.... memohon supaya Allah memudahkan pemahaman dan lisan ku...Aminnn.....
Walaubagaimana sekalipun, aku tetap kena teuskan perjuangan ini. Aku tidah boleh menoleh ke belakang lagi...walau ku tahu perjuangan ini memerlukan pengorbanan, namun aku mesti teruskan supaya aku boleh membuktikan yang akupun boleh berjaya. InsyaAllah setinggi mana yang mampu aku daki. Anak2 menjadi penawar dan pembakar semangat. Kekadang hati kecilku menangis setiap kali terpaksa berpisah dengan anak2. Mendengar tangisan dan pelukan erat mereka menyebabkan langkahku terhenti seketika. Namu ku gagahi jua demi perjuangan ku. Hanya Tuhan yang mengetahui isi hati ku...
Mampukah aku bertahan selama 2 tahun lagi? Ya Allah.... kuatkan semangatku..... ketika coretan ini ku tulis, entah mengapa air mata ku menitis...menitis kerana mengenangkan betapa sukarnya kehidupan ini...betapa sukarnya untuk dipandang mulia di mata org. Pahit manis yang dirasai hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Demi memartabatkan sebuah kehidupan, aku terpaksa berkorban..... kerana aku tahu perjalanan hidup ini tak seindah yang dimimpikan. Masih jauh perjalan yang harus aku tempuhi dan entah apa rencana yang bakal menanti di hadapanku. Moga Tuhan mempermudahkan perjalananku serta keluarga ku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum.
Tahniah kerana sedang berada di menara gading. Semua cabara tempuhilah dengan berhemah. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Umie pun tengah nak pecah kepala menghafal macam-macam ayat 4.4.09 ni ada exam.
Salam ingatan yang tulus ikhlas.
Umie Aiman
Post a Comment