Showing posts with label Rencah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Rencah Kehidupan. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

ETIKA KERJA


Minggu lepas sempat la bersama keluarga pergi ke Pekan Budaya kat Bukit Keluang, ronda-ronda gerai2 pameran. Mula2 masuk gerai Pejabat Agama Islam. Aku tertarik dengan banner kempen kad nikah pintar. Jadi aku bertanya la kepada pegawai bertugas kot2 dapat memohon kad tersebut di situ. Pegawai bertugas terus menghulurkan borang dan menyuruh aku baca syarat2 dan kalau hendak memohon kena pergi ke pejabat sendiri. Di sini aku dah nampak kekeliruan... kenapa tidak dibuat terus di situ, sedangkan zaman sekarang ni semua boleh cepat. Zaman IT... permohonan sepatutnya boleh dibuat secara online. Mungkin belum masanya kot. Keesokan harinya aku isilah borang serta sediakan perkara2 yang diminta... gambar dua keping, salinan sijil nikah, wang RM33, salinan kad pengenalan.

Aku terus ke kaunter...serahkan borang. Dengan muka selamba pegawai 1 menyemak borang... "sijil nikah x lengkap... nak kena fotostat bahagian jurunikah..." alamak... kena fotostat lagi... aku start moto terus ke kedai sekali lagi. Lepas fotostat aku ke kaunter sekali lagi. Selesai semak aku serahkan duit RM50... kedengaran bunyi merungut tiada duit kecil.. dalam hati aku berkata, kaunter berusniagapun xder duit jugak... dah la aku penat 2 x keluar, ni nak suruh aku keluar lagi... aku diam jer... suruh aku duduk pun x... aku sajer nak tgk etika kerja diorang.

Lepas tu pegawai 1 serahkan borang aku tadi kepada pegawai 2. Aku perhatikan gelagat pegawai 2, perempuan mengandung. Mukapun masam mencuka... cakap dah la perlahan... aku terpaksa suruh dia ulang 2x... geram gak dalam hati. Lepas dia semak, dia minta bayaran RM33. Aku hulurkan duit RM50... "xder duit kecik ker encik? xder duit kecik ni...semua duit dah dihantar ke bank..." dalam hati aku sekali lagi merungut... Kaunter urusniaga naper xleh simpan duit sikit. sedangkan orang berurusan hari-hari. Kan dan menyusahkan pelanggan. "xperlah... ambil jer RM50... nanti siap kad nanti saya ambil baki RM15 tu..."aku dah geram dah. ""Xleh encik... kad lambat siap.... encik pergi la beli paper ker dulu..." sedap jer dia suruh aku pergi beli... aku pun start moto sekali lagi pergi kedai belia apa2 yang patut, kemudian datang balik serahkan duit RM33. pastu aku amik resit terus blah... kesimpulannya... sebagai penjawat awam, gunakan bahasa yang betul (mesra) agar pelanggan tidak hot... Arahan dalam borang mesti lengkap. Sediakan duit secukupnya... baru org paham.

Wednesday, April 20, 2011

BANGKITLAH ANAK BANGSAKU

Di mana silapnya... semakin hari semakin parah sikap pelajar. Rasa hormat kepada guru sudah hilang dalam diri mereka. Guru di mata mereka hanya insan biasa. Tiada keistimewaan langsung. Kalau dahulu, guru adalah insan yang disanjung, tapi kini... guru langsung hilang keistimewaan yang ada satu ketika dulu. Di mana silapnya? ibu bapa? pelajar sendiri? atau guru sendiri yang menjadi penyebab? ataukah kerana sistem pendidikan masa kini?... semuanya saling berkait rapat.

Sedih melihat sikap anak2 didik, terutamanya bangsa melayu yang berkelakuan diluar batasan. Sehingga ada yang sanggup merosakkan harta sekolah, ponteng kelas, ponteng solat. Bahkan mereka merasa bangga dapat berbuat demikian. Guru kini umpama robot, melakukan apa sahaja yang disuruh... tugas mengajar bukan lagi perkara utama... Memang betul, bebanan tugas yang semakin bertambah, menyebabkan tugas mengajar semakin ke tepi. Mana nak mengajar, mana nak siapkan bahan pengajaran, mana nak tanda kerja2 pelajar, aktiviti itu dan ini, mesyuarat itu ini, kursus dan mcm2 lagi... semua guru nak kena buat. Gurulah ibu bapa, gurulah polis, gurulah doktor.

Pelajar kini semakin berani bertindak. Bertindak kepada keburukan, bukan kebaikan. Bahkan ada yang melambai tangan kepada guru kerana merasa bangka dapat ponteng sekolah, keluar dari kawasan sekolah. Guru hanya mampu melihat dan berdoa agar pelajar ini diberi hidayah. Tapi... sampai bila, kesabaran guru juga ada batasnya. Kenapa pelajar kini lebih suka kepada perkara yang dilarang. Kenapa pelajar kini tidak gentar dengan ugutan guru. Agaknya di rumah pun mereka tidak takut dengan ibu bapa mereka. Mereka ini belum lagi merasa sebuah kekecewaan kerana leka dengan dunia. Bila dah terhantuk, baru nak terngadah... Masa itulah baru nak menyesal. Itulah yang selalu aku bebelkan kepada pelajar dalam kelas. Tapi, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sekurang2nya aku dah menasihati mereka. Aku x rugi apa2pun...

Namun ada juga segelintir pelajar yang berkelakuan baik. Tapi boleh dibilang dengan jari jumlah mereka. Sejuk hati dan mata memandang pelajar yang sopan. Memberi salam bila berjumpa guru. Alangkah indahnya jika semua pelajar berkelakuan baik seperti itu. Baru ada semangat untuk masuk kelas. Ini tidak, tengok gaya merekapun dah memualkan. Dengan fesyen seluar londeh, rambut dengan macam2 gaya. Ala2 ayam bulu balik pun ada. Rasa nak gunting jer jambu2 yang berceracak atas, tepi, belakang. Yang perempuan dengan cara mereka. kain singkat, baju ketat, tudung singkat, ber make-up dan mcm2 hal lagi. Ntah laa... apa nak jadi dengan dunia pendidikan hari ni. Bila ditegur ada juga ibu bapa yang datang ke sekolah membela anak mereka. Pada mereka anak mereka betul. Susah bila ibu bapa tidak memberi kepercayaan penuh kepada pihak sekolah. Asyik nak cari kesalah guru. Pengorbanan guru mereka tidak nampak... belum lagi cerita disiplin pelajar yang pelik2... rasanya sampai pagi x habis nak cerita. Cukuplah rasanya, sedarlah wahai anak2 didik ku... anak2 bangsaku... jgn runtuhkan maruah kita kerana kealpaan kita sendiri.

Wednesday, April 13, 2011

PUSARA SEPI

1. Pusara ayah

Sudah lama rasanya kaki ini tidak menjenguk pusara arwah ayah... kali terakhir aku menziarahi kira-kira dua bulan yang lalu. Dalam keadaan samar-samar cahaya lampu aku mencari-cari pusara ayah. Agak terkilan kerana pusara yang telah bersemadi lebih dari 20 tahun hilang dari pandangan. Hilang bukan kerana ghaib, tetapi hilang dari pandanganku kerana persekitaran yang berubah. Semakin bertambah penghuni kubur. Rumput-rumput liar menutupi sebahagian pusaramu. Dalam cahaya subuh aku meraba-raba mencari pusaramu. Jariku liar membaca nama yang tertera di pusaramu. Memang sah... ini pusara ayah. Betapa lama aku tidak menziarahi pusaramu ayah. Maafkan anakmu ayah kerana menjadi anak yang derhaka... tapi bukan niatku untuk tidak menziarahi pusara ayah. Tetapi kerana kesibukan duniawi. Entah kenapa semakin hari, semakin banyak urusan dunia yang perlu dilakukan sehinggakan aku lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Tapi... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu ayah... Semoga rohmu bersama orang-orang yang beriman.

Wednesday, March 2, 2011

DILEMA GURU SAMBUNG BELAJAR


Ini bukan rungutan, tetapi sebagai luahan hati seorang guru yang sambung belajar. Bukan saya seorang yang mengalami masalah sebegini, tetapi mungkin juga rakan-rakan lain yang senasib dengan saya. Saya terpanggil untuk mencoretkan apa yang terpendam selama ini bukan untuk menghentam mana-mana pihak, tapi wajar kiranya diambil tahu untuk membuka mata sesetengah pihak.

Sudah menjadi lumrah kehidupan untuk berjaya dalam kehidupan. Salah satu cara untuk berjaya bagi seorang guru ialah dengan menyambung pelajaran. Tetapi apa yang berlaku bukan semudah yang disangka. Memiliki segulung ijazah belum tentu dapat memberikan kejayaan yang diimpikan. Bermula dengan seorang guru berkelulusan sijil asas perguruan, dan di tempatkan di negeri di bawah bayu setelah tamat kursus. Walaupun dalam daerah Kuching, terpaksa menaiki motosikal selama setengah jam untuk ke jeti dan dari jeti pula menaiki bot selama 20 minit untuk ke seberang. Dari seberang pula terpaksa berjalan kaki selama 10 minit dengan melalui jalan tikus untuk sampai ke sekolah. Dengan keadaan sekolah yang daif, serba kekurangan, tanpa bekalan elektrik dan tanpa bekalan air membuatkan siapa sahaja akan terkedu sejenak. Dah la tambang bot yang agak mahal. Dengan gaji yang tidak seberapa, sebulan gaji licin bersih. Selama setahun bertahan, permohonan ke sekolah lain diluluskan. Ringan sedikit bebanan. Akibat tuntutan dan peredaran masa, peluang melanjutkan pelajaran ke pringkat ijazah pertama di salah sebuah Universiti diterima. Alhamdulillah… peluang ini dapatlah dijadikan alasan untuk balik ke semenanjung.

Selama 3 tahun menuntut ilmu, dan selama itulah menerima gaji separuh dan dari separuh gaji yang diterima itu terpaksa ditolak itu dan ini… tinggal lagi separuh. Lebih kurang RM300 sebulan. Jumlah itu lah digunakan setiap bulan selama 3 tahun. Kerana terdesak, PTPTN terpaksa dipohon. Akibatnya, terpaksa menanggung hutang sehingga kini. Tamat 3 tahun pengajian, di tempatkan semula di kampung halaman. Syukur... tetapi dalam masa itu jugalah macam-macam hal berlaku disebabkan kesilapan pihak tertentu, gaji penuh yang sepatutnya diterima, terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya. Semuanya kerana buku rekod perkhidmatan. Puas menelefon ke sana sini. Mana nak bayar kereta, nak berkahwin, nak bagi kepada org tua... semuanya itu memberi tekanan. Puas menunggu, akhirnya dapat juga tunggakan kerana lewat dapat gaji penuh... tapi satu sen pun tak sempat merasa. Sebabnya kena potong kesemuanya kerana kena bayar balik gaji terlebih semasa mula-mula masuk belajar. Sakit hati bukan kepalang. Kalau dipotong sedikit demi sedikit tidaklah menjadi hal.

Dipendekkan cerita, dapatlah juga merasa gaji DG41. Kemudian, timbul pula isu perbezaan gaji antara guru yang sambung belajar dengan guru yang tidak sambung belajar. Banyak juga bezanya. Mulalah terasa tertekan kerana sesalan sambung belajar. Dah la buang duit, seniority pun hilang semuanya. Dah jadi macam baru kerja semula. Untuk menyedapkan hati, diamkan diri sahaja kerana sudah malas untuk memikirkannya. Tapi dapat la segulung ijazah yang diidamkan dan ilmu yang dipelajari. Padahal pada hakikatnya terpaksa mennggung kerugian.

Selepas 5 tahun dengan gelaran DG41, terasa pula nak meningkatkan lagi kerjaya. Minat untuk belajar masih ada. Permohonan untuk membuat ijazah lanjutan akhirnya berjaya. 2 tahun berulang alik tinggal anak isteri tercinta demi mencapai cita-cita. Selesai sahaja pengajian selama 2 tahun, debaran mula terasa. Sangkaan untuk berkhidmat di tempat asal meleset. Sekali lagi di tempatkan di sekolah yang jauh dari rumah dan daerah asal. Elok berada di tempat asal dah kena hantar jauh gara-gara sambung belajar. Sekali lagi terasa kecewa akibat sambung belajar. Nak tak nak terpaksa terima walaupun dengan berat hati. Sekali lagi kena tinggalkan anak isteri yang tercinta. Belum lagi memikirkan hal-hal berkaitan dengan keluarga. Mana hak keistimewaan guru yang sambung belajar. Kenapa tidak dikekalkan di sekolah asal, walhal bukannya ramai dalam satu daerah yang sambung belajar. kenapa tidak diberi sedikit keistimewaan kepada guru yang sambung belajar sebagai galakan.

Berbalik kepada cerita sambung belajar. Pengkhususan ni pun satu masalah. Ingatkan ambil pengkhususan yang jarang diambil orang lain dapat memberi satu kelebihan, rupa-rupanya makin payah. Puas buat rayuan di JPN untuk kembali ke daerah asal. Alasan... tiada kekosongan. Ada member yang nak tukar suka sama suka, alasan... berlainan option. Walhal, bila ke sekolah bukan option pun yang diguna. Mengajar ikut keperluan sekolah. Nak mohon jadi pensyarah, kena tunggu DG44 dahulu. Gara-gara sambung belajar ijazah pertama, lewat mendapat DG44. Pilihan akhir kena masuk ke sekolah walaupun option yang diambil tidak ditawarkan di sekolah. Berada di sekolah buat kerja-kerja yang langsung tiada kaitan dengan pengkususan yang diambil. Kena bersabarlah. Beginilah nasib guru... tak sambung belajar terasa ketinggalan. Bila sambung belajar, tiada perubahan yang berlaku pun. Gaji bagi guru-guru yang memiliki sarjana pun tidak berubah... masih di takuk lama. Kena tunggu pengesahan DG44 setahun lagi baru dapat mohon pensyarah, itupun kalau rezeki menyebelahi. Dalam masa setahun ni dah berapa kerugian yang dialami kerana terpaksa bertugas di tempat yang jauh. Kepada pihak berkenaan, tolonglah beri keistimewaan kepada kami yang sambung belajar.

Sunday, December 12, 2010

KEPALA KER BATU? MANA LEBIH KERAS?...

Wow!!!!! berkilat (sinar banar)... cermin jer la yg baru....

Ni la rupa cermin yang pecah kerana kepala...

Hari ni terbang lagi RM135, tukar tinted cermin belakang dan ganti yang depan sebab cermin depan ganti baru. Semalam dah terbang RM550 ganti cermin depan pecah gara2 anak sendiri yang bergurau senda kononnyer.... terkena batu pun x pecah... kena kepala anak terus pecah... dah sampai ajal dia la tu. Ada jer benda nak kena guna duit. Tukar itu la... ganti ini la.... camner nak simpan duit... dah la musim pokai ni..... xper la... InsyaAllah ada rezeki lain plak.... hehehe... pakai jer la keter buruk ni..... malas lagi nak tukar kereta lain, walaupun terliur gak tgk kereta sekarang ni yang menggiurkan..... sabo jer la......

Friday, December 3, 2010

Oh! abang posmen...

Sebahagian dr 136 questionnaire yg diterima balik.

Hari-hari aku menunggu posmen. Jam 11.30-12.00 time posmen hantar surat ke rumah aku. Bukan menunggu surat cinta, tapi menunggu maklum balas responden yg x reti2 nak reply balik. Dah disediakan sampul beserta stem pun malas lagi. Bukan susah pun, just tip jer questionnaire tu... then pos la balik. Bukan setakat pos,... secara e-mail pun x jugak berkesan. Nampaknya aku kena cuba cara ke-3 plak. Nak aku call ke sekolah2 yang x pulangkan balik hak aku tu... jenuh menunggu hari2.... macam gila talak kat abg posmen plak. Betapa siksanya nak siapkan thesis aku ni. Sabar... Sabar... nanti aku solat hajat.... Ya Tuhan!!! buka hati mereka itu untuk pulangkan semula hak aku tu.... apa2pun aku kena call mereka semua. Aku x kira, aku nak jugak... Pada cikgu2 yang pulangkan balik tu, terima kasih byk2.... komitmen anda amat dihargai.... Abg posmen pun tima kacih gak yer....

Tuesday, September 29, 2009

Doktor zaman sekarang... leh cayer ker tak?

p/s: Gambar hiasan jer ni..... bukan perut bini aku dan bukan juga perut aku tau....

Tak tau la nak cakap apa...cuma nak share pengalaman skit. Hati2 memilih doktor... kesilapan boleh berlaku bila2 masa jer.... jangan ingat doktor ni semua tahu... lain la macam doktor serba tau gila2 tu.... Kisahnya macam ni.... sebelum bulan puasa yang lalu isteri aku disahkan mengandung... Alhamdulillah...rezeki lagi... patut la aku bermimpi didatangi seorang lelaki yang mendokong bayi. Aku pun terus meminta bayi tersebut untuk dipelihara. Tanpa banyak soal, lelaki tu pun menyerahkah bayi yang didokongnya kepada aku. Aku terus mengambil bayi tersebut... bila sedar dari tido aku terpikir yang adakah aku akan menerima seorang lagi zuriat. Aku diamkan sajer... Nak jadikan cerita...mak aku pun bermimpi memakai rantai emas....tapi permata tercabut. Mak aku pun memberitahu tentang mimpinya itu. Menurut org tua2... memakai rantai emas alamatnya ada orang yang bakal menimang anak perempuan...aku diamkan saja. Tak terpikir langsung pasal permata yang tercabut tu....

Selang beberapa hari...isteri aku demam panas....terus pegi klinik kat jertih...setelah diberitahu yang isteri aku mengandung..doktor terus bagi ubat...oleh kerana terlalu panas, isteri aku makan ubat tersebut. Lepas makan..demam kebah skit...pastu demam lagi...makan lagi ubat.....tanpa pikir pasal kandungan dek kerana demam kuat.

Sehari sebelum puasa...isteri aku "turun darah"....dah...panik semua.... mcm2 pikir....tak lain tak bukan takut keguguran... mungkin kerana ubat dos yang tinggi atau sebaliknya... Takper la..takder rezeki kot... Tanya bidan...bidan suruh minum air daun apa ntah...lupa plak. Tapi pendarahan tak gak berhenti. Esoknya terus ke klinik lain plak. Doktor scan kandungan didapati dah kosong. Takper la....takder rezeki... Doktor bagi ubat lagi kononnya nak bersihkan rahim.

Tapi yang peliknya... sepanjang puasa isteri aku macam orang mengandung....takleh makan...loya2.....kepenatan....macam orang mengandung. Pelik kan.... dek kerana was2...selepas raya isteri aku beli pragnant test. Dua kali test hasilnya positif. Lagi la was2... last2 jumpa lagi doktor yang sama....citer semua masalah. Doktor scan sekali lagi..ternyata jawapan doktor tetap sama....tiada baby pun...cuma ada kantong kosong. Menurut doktor kantung tu akan keluar gak nanti... dalam masa dua minggu katanya. Kerana tak puas hati ngan jawapan doktor... isteri aku pegi lagi klinik lain wat cek sekali lagi... doktor ketiga scan lagi...menurut doktor tu..isteri aku mengandung. kandungan normal....terkejut gak....katanya usia kandungan dalam 1o minggu. Untuk mengesahkannya...isteri aku diminta scan lagi dalam masa dua minggu...sama ada kandungan membesar atau pun tak. Heran kan....so saper yang silap...kenapa keadaan macam ni boleh berlaku.... Risau gak la kan....doktor kata kalau kandungan mengecil..kena la buat cuci rahim...orang pompuan takut la..sakit katanya..ntah la....

Cuma nak nasihatkan di sini...pilihla doktor yang berkaliber....yang kita yakin cara dia bekerja. Bukan doktor yang sambil lewa...maklum la...doktor sekarang ni leh wat duit...kaya...ramai orang sakit...sampai boleh demand plak..... lu pikir la sendiri..... so...aku hanya mampu berdoa la...kalau ada rezeki alhamdulillah...syukur......

Monday, July 27, 2009

Power Rangers Kid


Ni dia power rangers musim terbaru...hehehehe.... jangan terkejut.....