Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, March 18, 2011

DOA MENCARI BARANG YANG HILANG

(diambil dari darussyifa.org)

Hanya untuk berkongsi dengan pembaca semua... satu ketika aku kehilangan cincin yang berharga. Sebelum ni aku x pernah kehilangan cincin ni. Selalu berada di jari... setiap kali balik rumah, nak mandi aku pecat dan letak atas meja bersama wallet, jam dan h/phone. Tapi ntah mcm mana... satu hari aku nak memakainya aku dapati tiada di tempat yang aku biasa letak. Puas aku pikir di mana aku meletakkannya. Sangkaan aku bahawa aku terlupa di mana aku meletakkannya... puas mencari merata2, tapi x jumpa.

Aku ingat tertinggal di rumah kakak aku... tapi tak juga kelihatan. Balik semula ke rumah... pikir punya pikir, x juga aku ingat di mana aku letak. Tapi aku yakin memang aku letak di atas meja seperti biasa. Aku tanya anak2 aku... semua diam... masing2 tak tahu. Dalam hati aku terdetik bahawa mesti kerja budak2 ni... sbb mereka selalu usik barang2 aku atas meja. Tapi aku x dapat tuduh mereka sbb xder bukti... tambahan pula aku etul2 x ingat di mana aku letak. Takut2 aku yg tersalah letak. Nak kata dicuri orang, memang sah tiada siapa yang dtg ke rumah.

Dah puas mencari... aku pun meyakinkan hati bahwa memang xder rezeki. Dah hilang... tapi semasa aku melayari laman web, aku terjumpa satu doa yang dibaca untuk mencari barang2 yang hilang. Akupun salin dan membacanya beberapa kali selepas solat dan tawakkal. Jika ada rezeki ada lah...

Satu malam... aku menyiapkan kerja aku. Kemudian aku nak print la doc yg aku siapkan. Banyak page jugak la... bila print, tiba2 sangkut selepas page 4. "Paper jam". Adoi.... bukak kertas, masukkan semula... x jugak menjadi. Tukar dari laptop ke pc pun x menjadi. Walhal paper xder yang sangkut. Dah mula naik angin satu badan... dah la jam hampir 12 malam. Aku pun bukak cover printer... ketuk2... angkat tinggi2... goyang2... bunyi mcm benda longgar dlm printer. Aku goncang kuat2... last2 bila aku tgk dalam printer, cincin aku yang tersangkut kat dalam tu... lega sikit kemarahan td... pastu... dapat print semula dengan selamat... Alhamdulillah... ada lagi rezeki aku... berkat doa yang aku baca... (dalam hati aku dah tau saper punya kerja...)

Friday, December 10, 2010

KOLEKSI DOA 1 (UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN)







Banyak ayat Al Qur’an yang menerangkan tentang perubatan kerana Al Qur’an itu sendiri diturunkan sebagai penawar dan rahmat bagi orang–orang yang mukmin .

“ Dan kami menurunkan Al Qur’an sebagai penawar dan rahmat untuk orang-orang yang mu’min “( Al-Isra : 82 ). Menurut para ahli tafsir bahwa nama lain dari Al Qur’an ialah “ Asy-syifa “ yang membawa maksud Ubat Penyembuh.” Hai manusia , telah datang kepadamu kitab yang berisi pelajaran dari tuhanmu dan sebagai ubat penyembuh jiwa, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ” ( Surah Yunus : 57 ).

Wallahu a'lam

Saturday, December 4, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Dibaca 3x selepas asar sebelum masuk waktu maghrib.

Dibaca 3x selepas solat maghrib.

Selasa ini, kita akan melangkah ke tahun baru hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang Isnin (6 Disember 2010). Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. InsyaAllah kita semua menjadi insan yang lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Tuesday, August 18, 2009

Pagar atau pendinding rumah.

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

* Ini tembok Nabi Sulaiman
* Dalamnya laut luarnya kota
* Kalau kamu pecah kota ini
* Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bismillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melindungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah.

Wallahualam