Saturday, December 27, 2008

Berapa Harga Isteri Anda...

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau
menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Hari-Hari Penting di Bulan Muharam

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Pemain Bola Cilik

Ni peminat setia pasukan Chelsea

Peminat Chelsea, Arsenal dan MU...

Ni pulak peminat pasukan Arsenal...


Ni la pelapis pemain bola sepak negara di masa akan datang..... hehe....

Friday, December 26, 2008

Doa Akhir Dan Awal Tahun



Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430H bersamaan 29 Disember 2008. Semoga bertambah keimanan kita semua....

Wednesday, December 17, 2008

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DI BUKIT TINGGI KLANG

Wajah terbaru Alisa.... kami doakan semoga Alisa cepat sembuh k.....


Sempat naik ERL......



Di taman permainan Persint 18 Putrajaya



Wah......bergaya nenek ni.......


Majlis Menyambut Menantu di Klang.





Majlis diadakan pada 14 Disember 2008 bertempat di Botanic Resort. Ok gak tempat tu....nampak eksklusif la gak.... hehehe....ala2 atas air gitu.... tapi tak sempat nak bersantai. Mana taknyer....duk kejar sana sini ngan anak2 jer sampai berpeluh..... Lepas majlis terus balik ke Putrajaya. Tido sana semalaman. Pusing2 jumpa gak stesen ERL. Naik la jugak lepas gian anak2. Pergi ke Kl Sentral kejap terus amik tiket balik ker Putrajaya. Ingat nak ker KLCC...tapi anak demam, tak jadi la.....

Wednesday, December 10, 2008

MANGSA KORBAN HARI RAYA KEDUA...

Kesian....

Kena lapah kulit....

Daging disiat-siat....

Dibahagi tujuh....

Jaga kau.... cucuk2 mata aku ek....

Yang ni pulak jadi mangsa korban pada Hari Raya kedua.... Muda jugak lagi.... kesian la jugak. Muda-muda dah meninggal... tak sempat nak ucap Hi Hi Bye Bye kat awek dia....

MABGSA KORBAN PADA HARI RAYA PERTAMA...

Saksi yang melihat mangsa terkorban

Ni pun saksi-saksi yang melihat mangsa....

Darah.......

Kesian mangsa tak sempat kawin...

Inilah mangsa pertama yang terkorban pada Hari Raya pertama.... kesian kan. Sedih tgk mangsa.. muda-muda lagi dah meninggal dunia....

Thursday, December 4, 2008

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN BUAH...


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana

Monday, December 1, 2008

BANJIR DATANG LAGI....

Air di sungai Jertih mencecah paras bahaya.


Sempat lagi 3 beranak ni bergambar.

Keadaan jalan ke rumah mertua aku ditutup kepada lalu lintas.


Dah menjadi rutin, tiap hujung tahun Pantai Timur akan dilanda banjir. Tahun ni, banjir besar dijangka berlaku... tak tau la betul ker tak... ramalan lah katakan.... Tuhan menentukan. Tapi hujan yang turun beberapa hari telah menyebabkan kawasan rendah dinaiki air. Rumah aku pun air naik sampai meja...(air kopi la.....) hehehe.... sempat gak aku bawak family aku round2 tgk air bah.. ni pic yang aku amik semasa banjir tak berapa besar dah. ni kira dah surut sikit.

Sunday, November 30, 2008

Perkahwinan Hanim & Azrol

Budak nakal ni...posing bukan main lagi...

Majlis Bersanding




Majlis membatalkan air sembahyang


Mas kawin RM7 ribu tunaiiiii....



Tanggal 29 November 2008, berlangsunglah perkahwinan anak buah aku Wan Norhanim dengan pasangannya Mohd Azrol di Chendering, Kuala Terengganu. Walaupun hujan turun mencurah-curah, majlis berlangsung dengan selamatnya. Biasalah...perkahwinan musim hujan.. kenangan. hehehehe.... Majlis di pihak lelaki pulak akan berlangsung pada 14 Disember di klang Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, November 26, 2008

SENYUM.....


Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman

Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

KEAJAIBAN NOMBOR DALAM AL-QURAN


Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

Sunday, November 23, 2008


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?

3. Apa yang paling besar di dunia ?

4. Apa yang paling berat di dunia ?

5. Apa yang paling ringan di dunia ?

6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua....

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....

"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

YANG ELOK DAN YANG TIDAK....


MAKANAN KEKACANG

Makanan kekacang terutama kacang pistachio mengandungi sejenis bahan spt magnesium, asid folik yang penting untuk pertumbuhan otak kita di samping mengandungi protein tinggi.Dipercayai kacang pistachio dapat menandingi keupayaan kismis dalam hal ini. So, sesiapa nak jadi cerdik,

Makanlah kacang ni, insya Allah...

MINUM AIR YANG ADA SEMUT MATI

Di dalam badan / mulut semut mengandungi sejenis enzim yang apabila kita makan akan memberi kesan terhadap sistem saraf otak, terutama sekali saraf pembelajaran dan hafalan. Enzim ini yang diistilahkan 'racun' pada semut. Kalau boleh elakkan dari terminum air atau termakan makanan yang adasemut.

MAKAN KEPALA IKAN

Sebenarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan

makan OTAK ikan. Otak ikan adalah segumpal daging berwarna putih atau putih kemerahan yang terletak didalam tengkorak ikan. Untuk memakannya seseorang itu perlu menggoncang atau mengetuk tulang tengkorak tersebut hingga otak itu keluar.

Mudarat otak ikan adalah sama dengan kes semut tadi cuma lebih berat lagi, bahan dalam otak ikan ini boleh mematikan saraf otak kita. So, pesanan saya, ikutlah pesanan Rasulullah ketika hendak memilih makanan atau hendak makan...

Wallahua'lam....